33 Nama Mata Kail & Fungsinya!!

Share

 

Terdapat puluhan jenis mata kail dan setiap mata kail yang direka bentuk itu sebenarnya dikhususkan untuk jenis pancingan dan spesies sasaran tertentu. Berikut disenaraikan mata kail, jenis pancingan dan spesies ikan sasaran yang sepadan.

 

Swordfish Hook

Mata kail tugas berat ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred tinggi. Ia didatangkan dengan kemasan yang digilap.

Mata kail ini mempunyai reputasi meluas di dunia kerana kualiti pembuatannya dan ketajamannya. Tentu saja ia merupakan pilihan utama untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus monster sebagaimana nama mata kail itu sendiri.

 

Octopus Circle Hooks

Mata lingkar khusus untuk memburu ikan berstatus mega dengan penggunaan peralatan berat. Mungkin inovasi terbaik dalam pembuatan mata kail terbaik masa kini.

Ia bukan saja mesra ikan tetapi juga mesra alam. Reka bentuk cangkuk itu sendiri, apabila digunakan dengan betul, menghalang ikan daripada tertelan hingga usus.

Ramai pemancing mempunyai masalah menggunakan kerana mereka tidak memerlukan sentapan untuk strike ikan. Mata kail ini direka untuk bergerak ke sudut mulut ikan dan tertancap dengan kemas.

 

Livebait Hooks

Mata kail yang sering digunakan untuk pancingan laut menggunakan umpan hidup. Juga boleh digunakan untuk memancing toman menggunakan umpan hidup. Mata kail ini biasanya mempunyai teras yang lebih pendek. Mata kail ini datang dalam reka bentuk tetap dan kebulatan.

Memandangkan ia datang dalam bentuk teras yang pendek, maka penggunaan dawai atau kabel diperlukan terutamanya jika memancing ikan bergigi tajam seperti tenggiri dan toman. Ia adalah mata kail untuk pancingan ekstrem.

 

Soi Hooks

Mata kail berteras pendek yang kuat khusus untuk pancingan ikan yang menyedut umpan dan tidak bergigi tajam. Mata kail ini ini mempunyai gape yang luas dan kedua-dua belah teras yang selari kecuali pada point atau hujung mata kail yang sedikit melengkung.

Ia semakin digemari oleh pemancing berikutan kekuatan dan sukar lucut apabila tertancap pada mulut ikan. Ia juga merupakan mata kail untuk pancingan ekstrem.

 

Octopus Hooks

Octopus hooks adalah satu mata kail yang mempunyai bentuk bengkok pada hujung mata kailnya sehingga proses hook up akan terjadi dengan cepat apabila umpan dimakan. Ia dibentuk dengan lubang cincin yang 45 darjah dari teras batang.

Ia membolehkan perambut diikat pada teras akan selalu lurus dengan mata kail tersebut sehingga keberhasilan hook up akan lebih tinggi. Ia sesuai untuk pemancing yang menyukai pancingan dasaran dan lain lain.

Mata kail yang terkenal dengan ketahanan dan kekuatannya. Ia hampir boleh digunakan untuk semua bentuk pancingan.

 

O’shaughnessy Hooks

Mata kail tradisi untuk pancingan air masin. Sesuai untuk menyangkut banyak jenis umpan. Ini juga antara salah satu mata kail kegemaran pemancing negara kita. Ia tersedia dalam jenis stainless ataupun carbon steel dalam teras batang panjang atau pun pendek.

Teras yang panjang lebih baik untuk cangkutan umpan yang besar seperti potongan sotong dan hirisan ikan. Ia juga bagus untuk pancingan ikan bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu atau toman.

 

Chinu Hooks

Mata kail yang diperbuat daripada karbon tinggi yang sangat kuat dan ringan. Ia dibentuk bagi menghasilkan cengkaman tinggi dan membantu proses tancapan yang sempurna. Ketajamannya diasah dengan kimia.

Pateri mata kail ini membantu meningkat nisbah cangkukan terutamanya apabila menyasarkan spesies ikan menggigit dan mengunyah umpan.

 

Published by
Amang