Ikan-ikan tuna, tenggiri, wahoo dan markarel merupakan antara nama-nama biasa bagi ahli-ahli keluarga Scombridae.

Ahli-ahli keluarga Scombridae ini dapat dikenali dengan memiliki finlet atau sirip ceracak di antara sirip dorsal dan sirip anal, sirip kaudal atau ekor yang sangat bercabang dan sekurang-kurangnya memiliki dua lunas kecil setiap sisi kaudal pandukal.

Dan kebanyakan spesies mempunyai lunas yang lebih besar di antara lunas-lunas kecil.

 

Ahli-ahli keluarga Scombridae bertaburan di laut tropika dan subtropika di seluruh dunia. Terdapat 15 genus dan 54 spesies di seluruh dunia.

Saintifik keluarga ini dibahagikan kepada dua subfamili. subfamili Scombrinae terdiri daripada 53 spesies dan subfamili Gasterochismatinae terdiri daripada hanya satu spesies.

Namun, pada umumnya ia boleh dibahagikan mengikut bentuk mereka kepada tiga kumpulan iaitu Spanish mackerel, mackerel dan tuna.

 

Ikan tenggiri dengan nama biasanya Spanish mackerel atau seerfish tergolong dalam  Scomberomorus (terdapat 18 spesies dalam genus) dan dua spesies dalam genus Grammatorcynus.

Kebanyakan spesies ini hidup berdekatan dengan permukaan perairan pantai.

 

Mereka sering ditemui dalam kluster atau kelompok kecil dan sebahagian daripada mereka merupakan ikan migrasi.

Spesies tenggiri adalah ikan karnivor dengan gigi rahang besar, segi tiga, mampat dan tajam.

Lazimnya mereka menjadikan kelompok ikan yang lebih kecil sebagai mangsa serta krustasea dan sotong.

 

Di perairan negara kita terdapat beberapa spesies dalam genus Scomberomorus ini namun hanya tiga spesies yang amat sinonim dalam dunia memancing iaitu tenggiri batang, tenggiri papan dan tenggiri bunga.

 

Ads

 

Tenggiri Batang

 

3 Spesies Tenggiri Popular Tanah Air ©

 

Nama saintifik: Scomberomorus commerson

Nama Inggeris: Narrow-barred spanish mackerel

Nama Melayu tempatan: Tenggiri batang

Nama Hokkien tempatan: Tek Ka

 

Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral mendadak bengkok ke arah bawah di bawah hujung sirip dorsal kedua. Badan bertanda dengan pelbagai corak nipis dan jalur menegak berombak.

Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 220 cm, namun saiz ditemui biasanya sekitar 90 cm.

Ads

3 Spesies Tenggiri Popular Tanah Air ©

 

Tenggiri Papan

 

3 Spesies Tenggiri Popular Tanah Air ©

 

Nama saintifik: Scomberomorus lineolatus

Nama Inggeris: Streaked seerfish

Nama Melayu tempatan: Tenggiri papan, tenggiri musang

Nama Hokkien tempatan: Beh Ka

 

Ads

Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral melintang hampir lurus ke bawah finlet sirip dorsal kedua, berakhir dengan sedikit bengkok ke bawah ke arah lunas kaudal padunkel.

Bahagian atas badan ditanda dengan corak yang tidak teratur, mendatar dan garis hitam mengecil dan berpecah.

Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesies paling besar ditemui kurang dari 70 cm.

3 Spesies Tenggiri Popular Tanah Air ©

 

Tenggiri bunga

 

3 Spesies Tenggiri Popular Tanah Air ©

 

Nama saintifik: Scomberomorus guttatus

Nama Inggeris: Indo-Pacific king mackerel, Spotted Spanish mackerel

Nama Melayu tempatan: Tenggiri bunga

Nama Hokkien tempatan: Beh Ka

 

Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral hampir lurus ke bahagian bawah pertengahan sirip dorsal kedua dan bengkok ke bawah di pertengahan kaudal padunkal.

Terdapat kira-kira tiga baris  warna gelap berbintik tidak teratur pada sisi badan. Gerigi sirip dorsal berwarna gelap sehingga tulang belakang kelapan dan putih.

Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 76 cm namun biasa ditemui dalam saiz 55 cm sahaja.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI