Scomberoidinae terdiri daripada 3 genera dan 10 spesies ikan queenfish (leatherjacket) atau ikan talang. Penjelasan ini bermaksud, ikan talang bukanlah hanya satu spesies sahaja tapi ada 10 spesies ikan talang!
Untuk membezakan 10 spesies talang ini bukanlah satu kerja mudah. Apatah lagi untuk menyusun 10 spesies ikan ini dan merakam fotonya pada satu masa. Malah, ramai di antara pemancing yang menyangkakan hanya ada satu sahaja spesies talang.
Untuk maklumat anda semua, di sini kami senarai 3 spesies talang yang popular dan terdapat di perairan negara kita.
Talang Raya
Nama saintifik: Scomberoides commersonnianus
Nama Inggeris : Talang Queenfish, Leatherskin
Nama tempatan : Talang bongkok, talang lima jari, talang raya
Saiz : Maksimum 120 cm, spesimen yang biasa ditemui 75 cm hingga 80 cm.
Berat: 16 kg pernah direkodkan.
Ciri pengenalan:
Memiliki 5 hingga 8 tompok bulat pada sisi badan dan rahang atas mendongak tinggi melampaui mata.
Ia merupakan ikan talang terbesar di antara spesies dan sering mendapat nama jolokan talang raya.
Talang
Nama saintifik: Scomberoides tala
Nama Inggeris: Barred queenfish
Nama tempatan: Talang-talang, talang padi
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 75 cm.
Berat: Tiada direkodkan.
Ciri pengenalan:
Memiliki tompok bulat yang lebih membujuk seperti bentuk telur pada sisi tubuh dan rahang atas hanya mendongak sedikit di atas vertikal dari margin posterior mata.
Sekali imbas ia hampir sama seperti talang raya namun saiznya tidak membesar melebihi saiz talang raya.
Talang pandan
Nama saintifik: Scomberoides tol
Nama Inggeris: Needlescaled queenfish
Nama tempatan: Talang-talang, seliat, talang lampai
Saiz: Maksimum sehingga 60 cm, biasa ditemui 40 cm.
Berat: Sekitar 500 gm
Ciri pengenalan:
Rahang atas tidak terlalu mendongak ke atas dan hampir selari dengan aras mata. Ia memiliki bentuk seperta skala jarum sirip dorsal keduanya berpigmen tajam.
Ia merupakan spesies talang terkecil dan sering diperoleh di kawasan kelong atau rumah rakit dengan pancingan apollo.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan