3 pemancing sabotaj Sungai Selangor?!

Share

 

Pemancing sabotaj Sungai Selangor? Biar betul! Tapi kenapa selepas tiga hari dihalau dari lokasi memancing baru berlaku tumpahan minyak? Apa-apa pun mari kita lihat petikan dan tajuk-tajuk berita berkenaan isu ini.

baca juga sungai lasir jahanam kerana pembalakan

 

“KUALA SELANGOR – Tiga individu yang memancing di pontun milik Two B Machineries, kontraktor Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dipercayai menjadi punca pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor.

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat KSSB malam tadi, mereka mendakwa terdapat tiga pemancing di kawasan pontun itu beberapa hari sebelum pencemaran berlaku.

 

Katanya, berdasarkan keterangan KSSB, kemungkinan pemancing berkenaan bertindak membuka klip dua tong minyak yang mengandungi lebih 100liter diesel dan menumpahkannya ke dalam Sungai Selangor.

 

“Mungkin pemancing itu membuat sabotaj selepas diarahkan keluar dari kawasan terbabit.

 

“Pada mulanya, mereka tidak menghiraukan arahan untuk keluar itu kerana leka memancing namun tetap keluar selepas diminta berbuat demikian,” katanya pada sidang media di Loji Sungai Selangor Fasa 2 (SSP 2), di sini hari ini.

 

Bagaimanapun, Noor Azam berkata, perkara itu masih dalam siasatan sama ada pencemaran terbabit disebabkan tindakan sabotaj atau kecuaian selain turut mengenal pasti tiga individu berkenaan.

 

Katanya, setakat ini pihaknya hanya mendapat info suspek menaiki motosikal jenis Honda EX 5 namun tidak mempunyai nombor pendaftaran motosikal terbabit.

 

“Ramai pemancing yang selalu datang ke ke situ namun kita tidak dapat sahkan individu mana yang melakukan tindakan berkenaan.

 

“Kawasan pontun itu terbuka mengikut laluan air dan kemungkinan banyak ikan di bawah pontun itu hingga ada yang memancing di situ,” katanya.

 

Beliau berkata, siasatan menyeluruh berkenaan perkara itu akan dijalankan bersama pihak KSSB, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.” – Berita Harian Online.

baca juga pencemaran Sungai Gurap kerana sisa toksid

 

“Pemancing mungkin sabotaj Sungai Selangor, kata ketua polis negeri” – The Malaysian Insight

“Tiga `pemancing’ disyaki sabotaj punca pencemaran Sungai Selangor” – MalaysiaGazzette

“Tiga kaki pancing antara disyaki terbabit pencemaran Sungai Selangor” – Selangorkini.my

“Pemancing disyaki akibatkan pencemaran Sungai Selangor” – mstar.com.my

“Angkara pemancing” – hmetro.com.my

 

Admin tidak mahu mengulas lanjut tetapi rasa kecewa kerana hanya dengan mudah pemancing dijadikan kambing hitam.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang