Kebiasaannya, beberapa faktor berikut perlu ditekankan sebelum memancing Jenahak. Namun, tip yang terbaik sebenarnya adalah merujuk kepada tekong-tekong kawasan yang ingin dipancing. Ini kerana setiap lokaliti mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang berlainan dengan lain tempat Tentu saja orang yang memahami perkara penting ini adalah para tekong setempat.
Spot Jenahak
Ads
Antara faktor yang perlu diketahui ialah lokasi persembunyian atau spot kegemaran jenahak mengendap mangsa. Lazimnya spot yang menjadi kegemaran jenahak ialah kawasan lubang, kawasan berbatu atau alur (paloh). Walaupun kawasan tersebut sudah banyak mendaratkan hasil, ia akan terus dihuni oleh jenahak yang lain pula.
Ads
Faktor Arus
Faktor seterusnya ialah kelajuan arus. Faktor air mati atau besar turut mempengaruhi keaktifan jenahak untuk mencari makanan. Begitu juga dengan faktor kejernihan air. Lazimnya jenahak lebih menyukai keadaan air yang tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih.
Ads
Suhu Air
Seterusnya ialah faktor suhu air. Jika kita perhatikan ketika musim hujan yang berpanjangan, hasil tangkapan jenahak agak berkurangan kerana dipengaruhi oleh faktor suhu air yang sejuk. Begitu juga dengan tahap kemasinan air. Aliran air tawar akibat limpahan air sungai dari pedalaman ke muara sedikit sebanyak mempengaruhi keaktifan jenahak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya kira spesies te tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia adalah ikan yang sedia dikenali oleh hampir kesemua pemancing.
Ia bukan bukan saja boleh dipancing di kolam air masin komersial, pancingan muara dan tentu saja pancingan laut dalam.
Spesies ikan ini secara global dikenali dengan nama John’s snapper. Nama Golden snapper juga merujuk kepada spesies jenahak namun beberapa spesies snapper lain juga mendapat gelaran (golden snapper) yang sama di sesetengah tempat.
Beberapa kawasan seperti di Australia, mereka menggelar spesies ini dengan nama Fingermark bream, iaitu merujuk kepada tanda tompokan hitam (cap jari) pada badannya.
Lazimnya John’s snapper digunakan untuk merujuk spesies Lutjanus johnii (nama saintifik) yang besar atau dewasa, sementara Fingermark bream merujuk kepada juvenil spesies ini.
Keadaan ini sama dengan lapangan pancing kita dalam soal kekeliruan sama ada ikan jenahak dan tetanda merupakan spesies yang atau berlainan.
Jadi, dalam kekeliruan ini dapat disimpulkan jenahak dan tetanda adalah spesies ikan yang sama.
TABURAN
Pola taburan spesies jenahak boleh ditemui di kebanyakan kawasan perairan barat Indo-Pasifik. Golden snapper juga boleh ditemui bermula dari Afrika Timur hingga ke Fiji serta utara Pulau Ryukyu dan selatan Australia.
Di perairan Malaysia, spesies ini boleh ditemui di kebanyakan perairan dari kawasan muara hingga ke laut lepas.
Bagi kaki pancing, spot memburu jenahak lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat terutama di sepanjang Selat Melaka.
Spot-spot berstruktur seperti kapal karam, kawah, lopak di laluan kapal Selat Melaka serta batu karang.
MORFOLOGI
Dari segi morfologi luaran, sisik ikan jenahak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran.
Warna badannya akan bertukar kepada warna putih perak apabila dilihat pada bahagian bawah badan dan kepalanya.
Tompokan berwarna hitam pula dapat dilihat pada bahagian antara garisan lateral dan di anterior sirip dorsal bersaiz lebih besar daripada diameter matanya dan beransur pudar apabila dewasa.
Bahagian dorsal kepalanya berbentuk sedikit curam hingga ke mulut. Duri pada sirip dorsalnya berjumlah 10 manakala jumlah pada dorsal lembut pula antara 13 hingga 14.
Spesies jenahak biasanya mampu membesar sehingga panjang 1 meter biarpun spesimen yang sering ditemui mempunyai panjang sekitar 50 cm.
Beratnya pula mampu mencecah sehingga 10 kg dalam persekitaran yang ideal.
HABITAT & DIET
Habitat bagi jenahak dewasa lebih tertumpu kepada kawasan berkarang dan juga perairan yang berstruktur.
Bagi jenahak juvenil pula lebih mudah ditemui di kawasan muara, paya bakau dan kadangkala boleh ditemui jauh hingga ke kawasan air tawar yang berarus.
Dalam memburu mangsanya, spesies snapper ini akan memilih kawasan trofik berkarang lebih-lebih lagi kawasan perairan yang mempunyai turbiditi atau kekeruhan yang tinggi.
Spesies ini juga boleh ditemui dalam kedalaman sehingga 80 meter. Spesies ini yang menghuni di kedalaman lebih 10 meter lazimnya terdedah kepada kerosakan fizikal pada
tisu badan iaitu Barotrauma yang menyebabkan pelampung (air bladder) dalam badannya terkeluar. Hal ini sering berlaku dan dapat dilihat terutama ketika aktiviti memancing.
Dalam rantaian makanan di persekitaran ideal, spesies ini merupakan tertiary consumer, yang bermaksud pemangsa karnivor unggul yang menghuni carta teratas dalam dalam piramid makanan.
Ini bermaksud jenahak dewasa merupakan ikan karnivor yang menjadikan karnivor lain atau pemangsa kedua sebagai mangsanya.
Diet utama bagi spesies ini tertumpu kepada ikan bertulang, ikan pelagik, udang, sotong dan ketam.
Selain itu, organisma bentik atau zoobenthas seperti mysids dan cephalopod juga menjadi diet bagi spesies ini bergantung kepada kitaran hidupnya.
Haruan kedak merupakan anggota keluarga snakehead (haruan & toman) dari Genus yang sama dengan haruan atau toman dengan membawa nama saintifik Channa Gachua. Di peringkat global ia dinamakan sebagai dwarf snakehead dan merupakan spesies paling kecil dalam keluarga snakehead.
Spesies kerdil ini bertaburan amat luas. Ia boleh dijumpai di China, Indochina, Myanmar, kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Afghanistan ke Iran. Ke selatan pula ia bertaburan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Borneo, Jawa dan Madura.
Spesies yang ditemui oleh saintis Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822 tidak mampu membesar melebihi 25cm. Spesimen yang biasa ditemui sekitar 10-20 cm sahaja.
Haruan kedak menjadikan sungai hutan dan paya cetek sebagai habitatnya. Walau bagaimana pun ia turut pernah dijumpai di dalam perigi, longkang, tasik, sungai dan kolam-kolam kecil. Ia turut mampu hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3,500 meter.
Haruan kedak merupakan ikan cinonet yang cantik. Badannya kelabu keperangan dan terang di bahagian bawah. Bergantung kepada mood ikan ini, ia boleh berwarna terang atau berjalur hitam melintang pada bahagian belakang dan tepi.
Siripnya apabila menegak kelihatan hitam keperangan, kadangkala berjalur. Sirip ekor dan dorsal berbingkai merah oren. Warna ini lebih menyerlah pada ikan jantan dan individu yang tinggal di habitat yang lebih berasid.
Sirip analnya berbingkai putih atau kuning. Sirip pektoralnya kuning oren dengan empat hingga enam belang gelap melinting dan biru atau hijau gelap pada latar belakang. Bahagian bawah kepala berbintik seperti marmar dan ketika aktif, ia membentuk kilauan biru terang.
Warnanya yang hidup dan saiznya yang kecil menyebabkan ruan todak menjadi spesies popular ikan akuarium. Ia adalah spesies yang tahan lasak, mudah dipelihara dan cantik berada di dalam akuarium.
Ikan senangin dan kurau adalah dari satu ranting keluarga yang sama tetapi berlainan spesies. Ia berbeza dari segi saiz walaupun ramai yang menyatakannya berasal dari spesies yang sama.
Eleutheronema tetradactylum, juga dikenal sebagai fourfinger threadfin, Indian salmon, blue threadfin, atau rawas, adalah ikan threadfin dari keluarga Polynemidae. Ia adalah spesies yang bernilai komersial, diketahui banyak digunakan dalam akuakultur.
Ia boleh ditemui di atas dasar berlumpur yang cetek di pesisir pantai, sering hadir dalam kawanan yang kecil. Spesies dewasa dari spesies ini memasuki muara sungai ketika musim hujan. Spesies dewasa memakan udang, ikan, dan kadang-kadang polychaetes.
Sementara spesies juvenil memakan udang, udang, dan mysids. Spesies ini semakin berkurang populasinya berikutan penangkapan ikan berlebihan.
Taburan senangin agak meluas dari Teluk Parsi di sebelah barat, ke timur menyusuri Lautan Hindi hingga ke perairan Taiwan, China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, pantai-pantai Australia di sebelah utara serta bahagian selatan Jepun.
Secara umumnya senangin boleh dijumpai di perairan tropika dan subtropika semua lautan. Biasanya senangin hadir di perairan pantai berdekatan muara sungai. Ada kalanya ia turut memasuki ke sistem sungai berair payau hingga ke sempadan air tawar. Sementara perairan dengan dasar berpasir atau berlumpur merupakan habitat lazim senangin.
Senangin atau threadfin yang bernaung dalam keluarga Polynemidae ini mudah dikenali berikutan penampilan yang hampir sama pada penampilan keseluruhan badan, saiz mata dan filamen pada sirip pektoral. Sirip pektoral senangin terbahagi kepada dua seksyen.
Sirip bahagian atas lengkap dengan filamen, manakala di bahagian bawah terdapat 3 hingga 16 sirip tunggal tanpa filamen. Sirip ini berfungsi sebagai agen deria untuk mengesan makanan di dalam perairan yang berlumpur.
Kebanyakan spesies senangin mendiami perairan pantai dan muara sungai, walaupun sesetengah hidup sepenuhnya dalam sungai air tawar.
Senangin lazimnya berhabitat di perairan yang bahagian dasarnya berpasir dan berlumpur di kedalaman kurang daripada 150 meter. Mereka menjadikan ikan kecil dan krustasea sebagai diet utama.
Beberapa spesies kecil memakan plankton. Terdapat 8 genera dan kira-kira 42 spesies di seluruh dunia. Sementara di Malaysia terdapat 5 genus dan kira-kira 12 spesies senangin atau threadfin.
Antara lain pengenalan diri senangin ialah memiliki bentuk tubuh sederhana memanjang dan dimampatkan. Senangin tidak memiliki bibir kecuali bibir yang lebih rendah berhampiran dengan sudut mulut.
Semua spesies senangin mempunyai mata yang besar (nisbah diameter mata empat hingga enam kali lebih panjang dari kepala). Paling ketara bagi spesies senangin yang mendapat jolokan fourfinger threadfin berikutan memiliki 4 sirip tanpa filamen seperti jari di bahagian sirip pektoral di bawah badan.
Senangin lazimnya berwarna hijau keperakan di bahagian atas, punggung dan sirip ekor berwarna kelabu dan agak kehitaman di bahagian tepi, sirip pelvik dan sirip anal berwarna oren dan filamen dada berwarna putih comot. Dan senangin berkemampuan untuk besar memanjang sehingga 200 cm.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...