25 Jenis Mata Kail Popular

Share

 

Mata kail merupakan salah satu alat kelengkapan yang perlu ada untuk kegunaan memancing.

Untuk mendapatkan hasil yang diidamkan ketika memancing, pemancing haruslah ada sedikit pengetahuan memilih mata kail yang tepat.

 

Pada asasnya nama-nama mata kail kail ini ditentukan oleh reka bentuk point (mata jarum), barb (duri pandan), eye (cincin), shank (teras), bend (lingkar) atau saiznya.

Kebanyakan mata kail yang ada di pasaran diperbuat daripada high-carbon steel, steel alloyed with vanadium atau stainless steel.

Sementara nombor saiznya pula tidak standard dan bergantung kepada jenama produk.

 

1) OCTOPUS HOOKS

Mata kail yang terkenal dengan ketahanan dan kekuatannya. Ia hampir boleh digunakan untuk semua bentuk pancingan.

 

2) O’SHAUGHNESSY HOOKS

Mata kail tradisi untuk pancingan air masin. Sesuai untuk menyangkut banyak jenis umpan.

 

3) BAITHOLDER HOOKS

Mata kail yang popular untuk kegunaan menyangkut atau memegang umpan terutamanya cacing, perumpun ataupun katak.

 

4) LIVEBAIT HOOKS

Mata kail yang sering digunakan untuk pancingan laut menggunakan umpan hidup. Juga boleh digunakan untuk memancing toman menggunakan umpan hidup.

 

5) WEEDLESS HOOKS

Mata kail kalis sangkut yang sesuai untuk pancingan haruan atau toman sama ada menggunakan umpan katak atau dipasang pada gewang.

 

6) SIWASH HOOKS

Mata kail pancingan air masin yang biasa digunakan untuk kaedah perambut apollo. Ia juga sesuai digunakan untuk menggantikan mata tiga pada sesudu.

 

7) WALLEYE WIDE GAP HOOKS

Mata kail yang ringan tapi ditempa untuk kekuatan tambahan. Sesuai untuk kegunaan pancingan umpan hidup air masin ataupun air tawar.

 

8) SINGLE EGG HOOKS

Mata kail berduri pandan pada teras yang sesuai untuk umpan mudah tanggal daripada mata kail.

 

9) SOI HOOKS

Mata kail berteras pendek yang kuat khusus untuk pancingan ikan yang menyedut umpan dan tidak bergigi tajam.

 

10) WORMHOOKS

Mata kail khusus jika menggunakan gulp atau soft plastic sebagai umpan. Juga digunakan sebagai mata pancing layang.

 

11) SWORDFISH HOOK

Mata kail yang banyak digunakan untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus mega. Juga sesuai untuk memancing ikan toman.

 

12) OCTOPUS CIRCLE HOOKS

Mata lingkar khusus untuk memburu ikan berstatus mega dengan penggunaan peralatan berat.

 

13) NAUTILUS CIRCLE HOOKS

Mata lingkar yang lebih ringan untuk pancingan menggunakan umpan hidup atau umpan atau potongan ikan dan teruji kekuatannya.

 

14) SHINER HOOKS

Mata kail yang popular untuk pancingan spesies ikan keli dan kap atau ikan yang bermulut besar seperti tongsan.

 

15) ISEAMA HOOKS

Mata kail yang bersaiz kecil sesuai untuk pancingan ikan-ikan bermulut kecil seperti rohu atau ikan-ikan bersaiz kecil.

16) CARP HOOKS

Mata kail khusus untuk memancing ikan-ikan spesies kap. Juga banyak digunakan untuk mata kail pancing layang.

 

17) BREAM HOOKS

Mata kail berteras panjang, ringan dan tiada cincin sesuatu untuk banyak pancingan sama ada air masin atau tawar.

 

18) CHINU HOOKS

Mata kail yang ringan tanpa cincin sesuai untuk mengapungkan umpan khususnya untuk pancingan air tawar.

19) LARGE RING HOOKS

Mata kail bercincin besar untuk perambut appolo dan juga sesuai untuk menggantikan mata tiga pada gewang atau sesudu.

 

20) PRAWN HOOKS

Mata udang atau mata sabit yang lazim digunakan khusus untuk memancing udang galah.

21) SINGLE HOOKS

Mata kail tunggal bagi menggantikan mata tiga yang biasa digunakan pada gewang atau sesudu.

22) JIG HEAD HOOKS

Mata kail siap dengan pemberat khusus untuk kegunaan mengilat menggunakan soft plastic.

 

 

23) ASSIST HOOKS

Mata kail dengan duri pandan berada di bahagian luar teras untuk kegunaan jigging.

 

24) DOUBLE HOOKS

Mata dua yang mengurangkan risiko sangkut bagi menggantikan mata tiga pada sesudu atau gewang katak plastik.

 

25) TREBLE HOOKS

Mata kail tiga atau mata tiga yang banyak digunakan pada umpan tiruan dan aktiviti memancing lainnya.

 

Published by
Amang