Mata kail merupakan salah satu alat kelengkapan yang perlu ada untuk kegunaan memancing.
Untuk mendapatkan hasil yang diidamkan ketika memancing, pemancing haruslah ada sedikit pengetahuan memilih mata kail yang tepat.
Pada asasnya nama-nama mata kail kail ini ditentukan oleh reka bentuk point (mata jarum), barb (duri pandan), eye (cincin), shank (teras), bend (lingkar) atau saiznya.
Kebanyakan mata kail yang ada di pasaran diperbuat daripada high-carbon steel, steel alloyed with vanadium atau stainless steel.
Sementara nombor saiznya pula tidak standard dan bergantung kepada jenama produk.
1) OCTOPUS HOOKS
Mata kail yang terkenal dengan ketahanan dan kekuatannya. Ia hampir boleh digunakan untuk semua bentuk pancingan.
2) O’SHAUGHNESSY HOOKS
Mata kail tradisi untuk pancingan air masin. Sesuai untuk menyangkut banyak jenis umpan.
3) BAITHOLDER HOOKS
Mata kail yang popular untuk kegunaan menyangkut atau memegang umpan terutamanya cacing, perumpun ataupun katak.
4) LIVEBAIT HOOKS
Mata kail yang sering digunakan untuk pancingan laut menggunakan umpan hidup. Juga boleh digunakan untuk memancing toman menggunakan umpan hidup.
5) WEEDLESS HOOKS
Mata kail kalis sangkut yang sesuai untuk pancingan haruan atau toman sama ada menggunakan umpan katak atau dipasang pada gewang.
6) SIWASH HOOKS
Mata kail pancingan air masin yang biasa digunakan untuk kaedah perambut apollo. Ia juga sesuai digunakan untuk menggantikan mata tiga pada sesudu.
7) WALLEYE WIDE GAP HOOKS
Mata kail yang ringan tapi ditempa untuk kekuatan tambahan. Sesuai untuk kegunaan pancingan umpan hidup air masin ataupun air tawar.
8) SINGLE EGG HOOKS
Mata kail berduri pandan pada teras yang sesuai untuk umpan mudah tanggal daripada mata kail.
9) SOI HOOKS
Mata kail berteras pendek yang kuat khusus untuk pancingan ikan yang menyedut umpan dan tidak bergigi tajam.
10) WORMHOOKS
Mata kail khusus jika menggunakan gulp atau soft plastic sebagai umpan. Juga digunakan sebagai mata pancing layang.
11) SWORDFISH HOOK
Mata kail yang banyak digunakan untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus mega. Juga sesuai untuk memancing ikan toman.
12) OCTOPUS CIRCLE HOOKS
Mata lingkar khusus untuk memburu ikan berstatus mega dengan penggunaan peralatan berat.
13) NAUTILUS CIRCLE HOOKS
Mata lingkar yang lebih ringan untuk pancingan menggunakan umpan hidup atau umpan atau potongan ikan dan teruji kekuatannya.
14) SHINER HOOKS
Mata kail yang popular untuk pancingan spesies ikan keli dan kap atau ikan yang bermulut besar seperti tongsan.
15) ISEAMA HOOKS
Mata kail yang bersaiz kecil sesuai untuk pancingan ikan-ikan bermulut kecil seperti rohu atau ikan-ikan bersaiz kecil.
16) CARP HOOKS
Mata kail khusus untuk memancing ikan-ikan spesies kap. Juga banyak digunakan untuk mata kail pancing layang.
17) BREAM HOOKS
Mata kail berteras panjang, ringan dan tiada cincin sesuatu untuk banyak pancingan sama ada air masin atau tawar.
18) CHINU HOOKS
Mata kail yang ringan tanpa cincin sesuai untuk mengapungkan umpan khususnya untuk pancingan air tawar.
19) LARGE RING HOOKS
Mata kail bercincin besar untuk perambut appolo dan juga sesuai untuk menggantikan mata tiga pada gewang atau sesudu.
20) PRAWN HOOKS
Mata udang atau mata sabit yang lazim digunakan khusus untuk memancing udang galah.
21) SINGLE HOOKS
Mata kail tunggal bagi menggantikan mata tiga yang biasa digunakan pada gewang atau sesudu.
22) JIG HEAD HOOKS
Mata kail siap dengan pemberat khusus untuk kegunaan mengilat menggunakan soft plastic.
23) ASSIST HOOKS
Mata kail dengan duri pandan berada di bahagian luar teras untuk kegunaan jigging.
24) DOUBLE HOOKS
Mata dua yang mengurangkan risiko sangkut bagi menggantikan mata tiga pada sesudu atau gewang katak plastik.
25) TREBLE HOOKS
Mata kail tiga atau mata tiga yang banyak digunakan pada umpan tiruan dan aktiviti memancing lainnya.