Stan Gibbs merupakan salah satu pereka gewang yang terkenal selepas zaman perang dunia kedua, di mana pancingan air masin menjadi trend meningkat naik pada masa itu.

Stan Gibbs memulakan syarikatnya pada tahun 1945 dan mula mendapat kepercayaan pemancing dengan inovasi ciptaan seperti Casting Swimmer, Polaris Popper dan Needlefish and Darter.

Namun original Pencil Popper menjadi antara inovasi paling bermakna dan dikenali sebagai penangkap ikan sebenar.

Gaya renangan sisi ke sisi dan sesekali gerakan atas bawah cukup menggoda dalam menaikkan mangsa demi mangsa.

 

Senarai ini memang tidak lengkap tanpa dimasukkan salah satu gewang daripada jenama Rapala. Gewang ciptaan Lauri Rapala diperbuat daripada kayu balsa dan cukup popular.

Rahsianya ialah mencipta gewang yang berenang sedikit ganjil berbanding renangan biasa daripada ikan kecil.

Gewang Rapala diakui cukup popular hingga ke hari ini termasuk gewang untuk air tawar. Bagi pancingan air masin, gewang Magnum memang terbukti dari sejak dahulu mampu menaikkan spesies ikan yang mempunyai saiz yang besar.

 

Salas jig telah menjadi kegilaan pemancing di West Coast kerana keupayaannya mampu menaikkan spesies seperti yellowtail, sea bass, albacore, tuna, barracuda, wahoo dan marlin.

Jig besi ini direka oleh keluarga Salas sejak awal 1950. Model Light 7X sesuai untuk light jigging manakala model Heavy 6X dan 7X lebih efektif untuk jigging vertical atau yo-yo.

Antara warna kegemaran pemancing ialah senorita, nacho dan mint sardine.

 

Gewang soft plastic menjadi buruan ramai pemancing sejak 1980 apabila keupayaannya terbukti mampu menggoda pelbagai spesies ikan.

Syarikat Herb Reed’s Lunker City Lures telah menawarkan 2 jenis soft plastic yang cukup efektif.

Fin S-Fish merupakan sebuah gewang yang berbentuk ikan yang diguna pakai bersama dengan leadhead.

 

Terdapat sebuah lagi rekaan gewang soft-lure yang sangat popular sejak 8 tahun lepas iaitu Storm Wildeye Shad.

Pada mulanya gewang ini dikatakan kurang efektif dan hanya mempunyai rekaan yang cantik dan tidak tahan, namun keberkesanannya apabila digayakan terbukti apabila menaikkan ikan dalam masa yang singkat.

 

Ads

Pemancing tegar semestinya pernah mendengar terma ‘walk the dog’ dan gewang ini memenuhi apa yang dikatakan oleh terma tersebut.

Rekaan asal James T. Heddon ini diperkenalkan pada awal 1920an, diperbuat daripada kayu dan diberi nama Zaragossa 6500.

Pada lewat 1930an, gewang ini diinovasi menjadi Zara Spook dengan badan plastik namun mempunyai gaya renangan yang sama.

 

Sesudu ini dipatenkan pada tahun 1919 selepas sembilan tahun dalam proses R&D oleh Levon B. Huntington atau Fishhawk.

Hari ini gewang ini masih dikeluarkan di Norfolk, Virginia oleh Lev Huntington II. Drone Spoon ini mampu menggoda hampir kesemua ikan pemangsa yang menjadikan ikan kecil sebagai makanan.

Gewang ini datang dengan pelbagai pilihan saiz dan warna. Gelekan sesudu ini yang unik menjadikannya antara gewang killer terbaik dalam senarai ini.

 

Antara gewang tiruan yang paling ringkas dan efektif, Green Machine diperkenalkan lebih dari 20 tahun dahulu oleh Sevenstrand Tackle Company.

Walaupun tidak popular di tempat asalnya iaitu West Coast, namun rekaan ini cukup popular untuk teknik trolling tuna di bahagian timur.

Gewang hijau ini mempunyai bentuk kepala seperti peluru dan jejari lembut seakan sotong dan mempunyai kepanjangan sekitar 12 inci.

Hari ini, terdapat banyak gewang yang mempunyai bentuk seakan Green Machine.

 

Gewang ini hampir menyerupai Green Machine namun Spreader Bars mempunyai warna yang lebih pelbagai.

Ads

Spreader Bars asalnya dibuat oleh Grant Toman dan Dave Arbeitman dan mempunyai dawai halus di tengah badannya yang menyerupai sotong.

Spreader Bars sangat popular untuk teknik trolling terutamanya ketika memancing tuna.

 

Gewang NO=EQL direka oleh Robert Hopkins pada tahun 1949. Awalnya Hopkins mahu membuat gewang besi yang tahan air masin, boleh dibaling jauh dan mempunyai gaya persembahan yang mampu menggoda ikan.

Hasilnya gewang ini menjadi kegilaan ramai. Gewang stainless steel ini mempunyai bentuk yang unik dengan kemasan hujung atasnya seperti diketuk oleh tukul dan gewang ini seolah-olah gabungan antara spoon dan jig.

 

 

Mann’s Bait Company memperkenalkan rekaan gewang mereka iaitu siri Stretch 25+ dan ramai pemancing yang mencubanya mengakui gewang ini sangat produktif.

Dengan bentuk minnow yang memanjang, gewang plastik yang dipadankan dengan bibir yang panjang ini pasti berkesan ketika menduga spesies ikan di dalam air.

Gewang ini juga sangat popular bagi teknik trolling terutama bagi kebanyakan pemancing wahoo dan tuna.

 

 

Gewang ini merupakan sejenis gewang plastik berbentuk minnow yang sesuai digayakan sama ada dari jeti, daratan pantai atau dari bot.

Panjang gewang ini sekitar 7 ½  inci dengan bibir plastik yang panjang, gewang ini merupakan jenis floating.

Ads

Mata kail dan split ring asal gewang ini dikatakan mempunyai kualiti rendah dan ramai pemancing menukarnya dengan yang lebih berkualiti, namun persembahan gewang ini mampu menggoda ikan bersaiz besar.

Hari ini, gewang ini dijual dengan menggunakan nama Bomber Long A.

 

 

 

Tidak kira apa jenama atau stail, leadhead atau jighead berwarna dengan padanan rerambut atau bulu putih rusa merupakan antara umpan tiruan paling mencakup pernah diinovasikan.

Dikenali dengan nama bucktail, balingkan dan biar tenggelam sebelum gayakan dengan gaya slow jig atau gaya yoyo.

Warna pilihan di laut selalunya warna putih atau kuning. Jika anda perlu menggunakan satu gewang sahaja ketika memancing, bucktail merupakan pilihan yang bijak.

 

 

Sesudu trolling gergasi ini direka hasil inspirasi daripada lampu kereta LaSalle. Di bawah jenama Montauk Striper, sesudu trolling dihasilkan untuk pasaran komersial di bawah seliaan Joe Julian iaitu pemancing veteran.

Semua bunker spoon dihasilkan untuk kegunaan trolling menggunakan rod istimewa yang panjang dan tali yang boleh memanipulasi kedalaman.

Walaupun kelihatan tidak berpotensi, anda tidak boleh menidakkan sejarah keupayaan sesudu ini menaikkan ikan bersaiz besar.

 

 

Gabungan timah dan kayu cedar ini mungkin merupakan antara hasil ciptaan gewang tiruan terbaik untuk menundukkan ikan tuna.

Cedar plug mungkin kelihatan tidak menarik, namun keupayaannya menarik perhatian spesies tuna tidak dapat dinafikan.

Cedar plug boleh datang dengan pelbagai warna, namun ramai pemancing bersetuju warna asal kayu cedar tanpa warna lain merupakan yang terbaik.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI