Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!
L.B. Huntington Drone Spoon
Sesudu ini dipatenkan pada tahun 1919 selepas sembilan tahun dalam proses R&D oleh Levon B. Huntington atau Fishhawk. Hari ini gewang ini masih dikeluarkan di Norfolk, Virginia oleh Lev Huntington II. Drone Spoon ini mampu menggoda hampir kesemua ikan pemangsa yang menjadikan ikan kecil sebagai makanan. Gewang ini datang dengan pelbagai pilihan saiz dan warna. Gelekan sesudu ini yang unik menjadikannya antara gewang killer terbaik dalam senarai ini.
Green Machine
Antara gewang tiruan yang paling ringkas dan efektif, Green Machine Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan! Diperkenalkan lebih dari 20 tahun dahulu oleh Sevenstrand Tackle Company.
Walaupun tidak popular di tempat asalnya iaitu West Coast, namun rekaan ini cukup popular untuk teknik trolling tuna di bahagian timur. Gewang hijau ini mempunyai bentuk kepala seperti peluru dan jejari lembut seakan sotong dan mempunyai kepanjangan sekitar 12 inci. Hari ini, terdapat banyak gewang yang mempunyai bentuk seakan Green Machine.
High Speed Spreader Bars
Gewang ini hampir menyerupai Green Machine namun Spreader Bars mempunyai warna yang lebih pelbagai. Spreader Bars asalnya dibuat oleh Grant Toman dan Dave Arbeitman dan mempunyai dawai halus di tengah badannya yang menyerupai sotong. Spreader Bars sangat popular untuk teknik trolling terutamanya ketika memancing tuna.
Hopkins NO=EQL
Gewang NO=EQL direka oleh Robert Hopkins pada tahun 1949. Awalnya Hopkins mahu membuat gewang besi yang tahan air masin, boleh dibaling jauh dan mempunyai gaya persembahan yang mampu menggoda ikan, dan hasilnya gewang ini menjadi kegilaan ramai. Gewang stainless steel ini mempunyai bentuk yang unik dengan kemasan hujung atasnya seperti diketuk oleh tukul dan gewang ini seolah-olah gabungan antara spoon dan jig.
Ilander
Di Cape Hatteras, tanyalah mana-mana pemancing atau kapten bot memancing di sana, gewang rerambut berwarna putih dan biru ini pasti cukup terkenal dengan keberkesanannya. Dengan kepala besi berwarna perak, gewang Ilander ini bukan sahaja terkenal dengan kemampuan menaikkan ikan pelagik malahan spesies seperti marlin dan layaran juga tidak mampu menahan godaan gewang ini di depan mata. Selalunya digunakan untuk teknik trolling.
Johnson Silver Minnow
Johnson Silver Minnow ini telah dihasilkan sejak hampir 90 tahun lamanya dan masih terbukti berkesan hingga ke hari ini. Gewang ini mempunyai bentuk yang unik iaitu membujur dan besi ini lebih tebal pada bahagian tengahnya yang menghasilkan lenggok yang menarik ketika di dalam air. Keluaran sesudu warna emas merupakan pilihan yang paling popular untuk Silver Minnow ini.
Lefty’s Deceiver
Sekitar tahun 1950, Lefty Kreh dan rakannya Tom Cofield merupakan antara pemancing layang yang sering mengaplikasikan teknik ini ketika memancing. Ketika itu, Kreh telah dikenali ramai sebagai seorang pemancing dan fly-tyer yang bagus terutama dengan penghasilan fly air masin yang sangat efektif dinamalan Lefty’s Deceiver. Paten ini boleh digunakan dalam pelbagai keadaan air dan dikatakan mungkin antara paten fly yang menangkap paling banyak ikan sukan air masin.
Mann’s Stretch+
Mann’s Bait Company memperkenalkan rekaan gewang mereka iaitu siri Stretch 25+ dan ramai pemancing yang mencubanya mengakui gewang ini sangat produktif. Dengan bentuk minnow yang memanjang, gewang plastik yang dipadankan dengan bibir yang panjang ini pasti berkesan ketika menduga spesies ikan di dalam air. Gewang ini juga sangat popular bagi teknik trolling terutama bagi kebanyakan pemancing wahoo dan tuna.