25 GEWANG AIR MASIN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN (BAHAGIAN 1)*

Share

Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti  mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewa ng air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!

 

Bomber 16A / Bomber Long A

Gewang ini merupakan sejenis gewang plastik berbentuk minnow yang sesuai digayakan sama ada dari jeti, daratan pantai atau dari bot. Panjang gewang ini sekitar 7 ½  inci dengan bibir plastik yang panjang, gewang ini merupakan jenis floating. Mata kail dan split ring asal gewang ini dikatakan mempunyai kualiti rendah dan ramai pemancing menukarnya dengan yang lebih berkualiti, namun persembahan gewang ini mampu menggoda ikan bersaiz besar. Hari ini, gewang ini dijual dengan menggunakan nama Bomber Long A.

 

Bucktail

Tidak kira apa jenama atau stail, leadhead atau jighead berwarna dengan padanan rerambut atau bulu putih rusa merupakan antara umpan tiruan paling mencakup pernah diinovasikan. Dikenali dengan nama bucktail, balingkan dan biar tenggelam sebelum gayakan dengan gaya slow jig atau gaya yoyo. Warna pilihan di laut selalunya warna putih atau kuning. Jika anda perlu menggunakan satu gewang sahaja ketika memancing, bucktail merupakan pilihan yang bijak.

 

Bunker Spoon

Sesudu trolling gergasi ini direka hasil inspirasi daripada lampu kereta LaSalle. Di bawah jenama Montauk Striper, sesudu trolling dihasilkan untuk pasaran komersial di bawah seliaan Joe Julian iaitu pemancing veteran. Semua bunker spoon dihasilkan untuk kegunaan trolling menggunakan rod istimewa yang panjang dan tali yang boleh memanipulasi kedalaman. Walaupun kelihatan tidak berpotensi, anda tidak boleh menidakkan sejarah keupayaan sesudu ini menaikkan ikan bersaiz besar.

 

Cedar Plug

Gabungan timah dan kayu cedar ini mungkin merupakan antara hasil ciptaan gewang tiruan terbaik untuk menundukkan ikan tuna. Cedar plug mungkin kelihatan tidak menarik, namun keupayaannya menarik perhatian spesies tuna tidak dapat dinafikan. Cedar plug boleh datang dengan pelbagai warna, namun ramai pemancing bersetuju warna asal kayu cedar tanpa warna lain merupakan yang terbaik.

 

Creek Chub – Pikie

Pada 1920, Creek Chub Bait Company telah memperkenalkan salah satu rekaan gewang terbaiknya iaitu Pikie. Asalnya gewang kayu dengan mata kaca serta bibir besi ini direka untuk air tawar, namun beberapa ketika selepas itu sekitar 30-an dan 40-an, semakin popular untuk kegunaan air masin lantas syarikat tersebut mengeluarkan rekaan yang lebih besar untuk kegunaan air masin.

 

Danny Plug

Asalnya, Danny plug dibuat dan dijual oleh Danny Pinchney pada awal 1960 dan gewang bibir besi ini mendapat sambutan hangat. Gewang ini dimainkan perlahan dan akan memperlihatkan renangan kiri kanan yang menggoda ikan. Hari ini gewang Danny plug dibuat oleh Gibbs Lures dengan rekaan asal di Kepulauan Rhode.

 

D.O.A Shrimp

Umpan ini dihasilkan pada tahun 1989 oleh Mark Nichols. Dibesarkan di Gulf Coast, beliau menghabiskan banyak masa di atas bot menangkap udang dan menghabiskan masa lapangnya dengan memancing. Pengalamannya banyak membantu dalam menghasilkan D.O.A Shrimp ini. Gewang rekaan asalnya sepanjang 3 inci sangat popular sekitar tahun 1993. Dalam beberapa tahun gewang ini terjual dengan banyaknya dan sesuai digunakan di perairan di mana ikan menjadikan udang sebagai diet utama. Hari ini gewang D.O.A Shrimp datang dengan pilihan 4 warna.

 

Diamond Jig

Pada tahun 1929, John Schumke telah menghasilkan jig besi empat sisi yang dipanggil Bridgeport Diamond Jig. Diperbuat oleh syarikat penghasilan barangan perak, jig ini terhasil dengan prestasi tangkapan yang mengagumkan sebelum dijual kepada Bead Tackle Company. Jig ini mampu menaikkan spesies seperti bass, cod, tuna mahu pun grouper. Boleh digayakan dengan cara casting atau pun jigging menegak.

Published by
Amang