Tilapia merupakan spesies popular dalam keluarga cichlidae. Spesies ini diperkenalkan bagi pembangunan sektor akuakultur dan sebagai sumber makanan penduduk. Bagaimanapun, spesies dari Afrika ini yang biasanya di kultur secara sangkar akan menurunkan kualiti air kawasan sekitar.
Tilapia yang terlepas ke sesuatu ekosistem pula mampu mengakibatkan pengubahsuaian ekosistem terutama kepada spesies cichlid tempatan serta komuniti bentik sesuatu habitat.
Kap rumput merupakan antara cyprinid yang besar dalam keluarganya. Awalnya, spesies ini diperkenalkan sebagai salah satu sistem kawalan biologi kerana ia memakan tumbuhan akuatik.
Oleh kerana sifat pemakanannya yang rakus, kap rumput juga mampu memakan semua tumbuhan akuatik lantas menyebabkan masalah pada ekologi habitat.
Selain itu, spesies ini juga akan bersaing dengan spesies tempatan selain membawa parasit seperti Asian tapeworm (Bothriocephalus opsarichthydis) yang boleh menambahkan lagi kesan lain jika terlalu banyak.
Kap perak diperkenalkan dibanyak kawasan perairan bagi tujuan akuakultur dan juga kawalan biologi untuk mengawal fitoplankton yang tidak terkawal. Seperti ikan tongsan, kap perak juga memberi masalah mengurangkan kadar zooplankton yang merupakan makanan ikan kecil jika tidak terkawal selain membawa penyakit Salmonella typhimurium.
Spesies lampam Jawa kadang-kadang menjadi perdebatan sama ada spesies ini merupakan spesies natif atau pun spesies yang diperkenalkan. Sumber banyak menunjukkan ikan diperkenalkan di perairan kita bagi tujuan akuakultur dan ikan hiasan secara komersial.
Spesies ini juga tidaklah mengancam ekosistem malah merupakan spesies yang gemar dipancing oleh pemancing terutama di tasik-tasik utama di Malaysia. Selain menjadi spesies popular, ikan ini juga mempunyai rasa yang agak enak sebagai makanan.
Snakeskin gourami atau sepat siam ini bukanlah asing di perairan kita. Mula diperkenalkan di kawasan sawah padi tempatan sebagai sumber subsisten lain serta kawalan biologi. Spesies ini juga mempunyai kepentingan dalam sektor ikan hiasan.
Mempunyai kepentingan ekonomi yang tinggi lantas menjadikan spesies ini sangat popular untuk ternakan dan akuakultur. Spesies tempatan dari genus sama yang popular ialah Trichogaster tricopterus (three spot gourami) atau lebih kita kenali dengan nama sepat ronggeng atau sepat Kedah.
Merupakan spesies natif sesetengah negara di Asia, ikan emas asalnya diperkenalkan di Malaysia sebagai salah satu spesies ikan hiasan popular. Akibat dilepaskan ke dalam perairan secara sengaja dan tidak sengaja, ikan emas mampu menjadi populasi liar utama di sesuatu kawasan.
Antara kesan yang boleh diakibatkan oleh spesies ini ialah mempengaruhi komuniti habitat seperti meningkatkan turbiditi air dan bantu meningkatkan penyebaran alga secara berlebihan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan