Diperairan negara kita sama ada air masin atau air tawar terdapat pelbagai spesies ikan dengan rupa dan bentuk tersendiri.

Setiap ikan itu ada kelebihan atau keistimewaan tersendiri bagi melindungi diri dari pemangsa lain.

Salah satunya ialah memiliki duri bersengat yang bukan sahaja membahaya kepada hidupan di air tetapi juga kepada manusia di darat.

 

11. SEMBILANG KARANG / USAT

Nama saintifik : Plotosus lineatus

Nama umum : Striped eel catfish

 

Usat atau ikan sembilang karang juga mendiami kawasan yang mempunyai karang. Warna badannya berbeza berbanding sembilang biasa.

Ikan sembilang karang mempunyai warna yang lebih cerah dan mempunyai jalur pada badannya.

Seperti ikan sembilang, ikan sembilang karang juga mempunyai duri yang berbisa dan mendatangkan kesan buruk jika disengat.

 

12.KELI

Nama saintifik : Clarias sp

Nama umum : Walking catfish, catfish

 

Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan.

Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.

 

13. DURI

Nama saintifik : Arius sp

Nama umum : Sea catfish

 

Spesies daripada genus Arius ini merupakan antara spesies yang sering dinaikkan. Ikan duri mempunyai tiga duri yang tajam dan keras.

Ads

Duri yang digunakan untuk mempertahankan dirinya ini terletak pada sepasang sirip pektoralnya serta sebatang duri yang mampu menegak pada bahagian sirip dorsal di atas badannya.

 

14. PATIN

Nama saintifik : Pangasius sp.

Nama umum : Shark catfish

 

Patin merupakan ikan tersohor dan terpenting di negara kita. Selain rasanya yang sedap, ikan patin juga mempunyai duri bersengat bagi mempertahankan dirinya.

Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri patin yang diternak biasanya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan patin liar.

 

15. DEPU SINGA / GEDEMPU SINGA / GEDEMA

Nama saintifik : Allenbatrachus grunniens

Nama umum : Grunting toadfish, Frogfish

 

 

Biasanya ikan ini akan menghuni kawasan dasar berhampiran pesisir pantai yang berlumpur dan berpasir.

Depu singa ini mempunyai duri-duri kecil terutama pada sebahagian besar kawasan operkulumnya.

Ads

Duri-duri kecil ini berbisa jika tertusuk dan mampu mendatangkan kesakitan jika tidak mendapat rawatan segera.

 

16.ARUAN TASIK

Nama saintifik : Rachycentron canadum

Nama lain : Cobia

 

Aruan tasik mempunyai daya larian yang begitu kuat. Spesies ini juga mampu membesar mencapai saiz gergasi.

Dalam mengendalikan ikan ini terutama di atas bot yang bergerak, perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang risiko terkena sengatan durinya.

Sebaris duri keras dan tajam aruan tasik yang terletak pada bahagian sirip dorsalnya boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

 

17.BELUKANG /PEDUKANG

Nama saintifik : Hexanematichthys sagor

Nama umum : Sagor catfish

 

 

Ikan pedukang hampir menyerupai ikan duri. Ikan ini selalunya menjadi pengacau umpan dan sering dinaikkan ketika memancing di kawasan berair payau.

Ads

Begitu pun, seperti ikan duri, ikan pedukang juga mempunyai duri sengat yang berbisa. Duri ini terletak di bahagian sirip dorsalnya serta pada sirip pektoralnya.

 

18. DENGKIS

Nama saintifik : Siganus vermiculatus, S. javus

Nama umum : Sspinefoot fish, Rabbitfish

 

Ikan dengkis hampir menyamai rupa ikan kitang namun dari segi nilai, ikan dengkis sememangnya jauh lebih bernilai dari kitang.

Begitu juga dengan bisa dari sengat berduri ikan kitang. Ia mampu menyebabkan bahagian yang terkena sengat terasa kejang untuk beberapa jam lamanya.

 

19. KITANG

Nama saintifik : Scatophagus argus

Nama umum : Spotted scat

 

Ikan kitang berbentuk pipih dan biasanya mempunyai corak berbintik hitam di badannya. Ikan ini mempunyai duri yang berbisa di sepanjang barisan sirip dorsal serta sirip pelviknya.

Duri yang berbisa pada ikan ini mampu mendatangkan kecederaan teruk yang menyebabkan rasa kebas dan kesakitan berlarutan jika tidak dirawat.

 

20. MAYONG

Nama saintifik : Netuma thalassina, Arius thalassinus

Nama umum : Giant seacatfish

 

Ikan mayong mempunyai bentuk seperti ikan duri namun saiznya lebih besar dan mampu mencapai panjang sehingga 1.8 meter.

Ikan mayong juga mempunyai duri dan sengat yang berbisa serta mampu mendatangkan kecederaan.

Duri utama pada sirip dorsalnya sangat tajam dan keras ditambah dengan sepasang duri pada bahagian pektoralnya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI