13 Cara Hapuskan Hanyir Ikan!!

Share

 

Kebanyakan ikan sungai atau ikan muara memiliki lendir dan bau hanyir. Langkah-langkah yang disediakan ini boleh digunakan untuk membuang lendir dan hanyir pada ikan.

Sebelum itu pastikan dulu ikan dibersihkan dengan betul. Buang segala organ dalaman, insang, ketulan darah dan membran putih yang terdapat dalam bahagian dalam ikan.

 

PERAP CUKA MAKANAN

Teknik ini tidak memerlukan perapan yang lama. Hanya bilas ikan dengan sekali lalu dengan cuka makanan. Sental-sental sikit kemudian terus basuh.

Jangan biarkan ikan terkena cuka begitu lama. Dan lebih penting dan tersangat penting… jangan tersilap guna cuka getah pulak.

 

PERAP DENGAN TEPUNG GANDUM / BERAS

Taburkan tepung pada ikan dan biarkan ia diperap seketika atau lebih kurang 15-30 minit. Kemudian, barulah basuh ikan tersebut dan kemudian goreng seperti biasa.

 

RAMAS DENGAN DAUN SERAI

Ambil daun serai dan potong pendek-pendek. Ramaskan daun serai dan gaulkan pada ikan. Lebih elok rendamkan sekejap. Kemudian barulah bilas seperti biasa.

Daun serai mempunyai tekstur kasar serta aroma yang wangi dan mampu menghilangkan lendir ikan dengan berkesan.

 

LUMUR DAUN PISANG / DAUN JAMBU

Satu lagi petua adalah dengan menggunakan daun pisang yang dicarik-carik. Lumurkan daun pisang ini pada seluruh bahagian ikan.

Lendir akan tertanggal, bau hanyir pun hilang. Selain daun pisang, boleh juga gunakan daun jambu dengan cara yang sama.

 

RENDAM DENGAN GARAM + LIMAU KASTURI

Biasanya di setiap rumah memang ada garam kasar kan? Kalau susah nak dapatkan bahan-bahan lain di atas, cuma gosok dengan garam kasar tanpa air. Lendir akan mudah tertanggal apabila dicuci.

Kalau masih berlendir juga, toskannya dan masukkan lebih 3 sudu besar garam bersama beberapa biji perahan limau kasturi untuk diratakan ke seluruh badan ikan.

Perap atau rendamkan selama 15 minit sebelum dibilas. Gunakan limau untuk menggosok badan ikan dengan bersih.

 

 

 

PERAP ASAM JAWA

Ambil segenggam asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika sebelum dibasuh bersih.

Kalau tak ada asam jawa, boleh juga gunakan cuka. Tapi tak perlu rendam terlalu lama. Cuma sental sekali dan kemudian basuh.

 

SAPU DENGAN PES CAMPURAN SERBUK KUNYIT, GARAM DAN TEPUNG JAGUNG

Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap sehingga 30 minit atau lebih.

Terpulang pada anda jika ingin membilas ikan sehingga bersih atau guna sahaja pes tersebut untuk menggoreng ikan.

 

AIR BASUHAN BERAS

Ramai juga yang mencadangkan supaya guna air basuhan beras. Kalau nak basuh beras, simpan air basuhan itu dan gunakan untuk mencuci ikan.

Air basuhan beras lebih senang menanggalkan lendir-lendir pada ikan. Bau hanyir pun hilang.

 

RENDAM DALAM SUSU

Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih.

Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan.

 

PERAP DENGAN HALIA

Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir malah membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit.

 

 

SAPU MINYAK BIJAN

Setelah ikan dibersihkan, sapu minyak bijan pada ikan dan biarkan seketika. Minyak bijan menghilangkan bau hanyir dengan cepat.

 

GUNA LEMON

Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan seketika sehingga ia meresap ke dalam ikan kemudian baru dibilas dengan bersih.

Kalau tiada, boleh juga gunakan limau purut.

 

SEJUK BEKU

Kalau anda belum bercadang untuk memasak ikan keli selepas dibeli, boleh simpankan ikan dalam peti ais bahagian sejuk beku tanpa dicuci.

Malam atau keesokannya apabila ia dikeluarkan, lendir-lendirnya akan menjadi ais dan mudah untuk dicuci.

Cara ini untuk menghilangkan lendir ikan sahaja. Untuk menghilangkan bau hanyir boleh cuba cara-cara di atas.

 

baca juga petua hilangkan bau hancing pari

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang