12 Lipless Rattlebaits Terbaik Dunia

Share

 

Lipless rattlebaits merupakan antara gewang killer untuk kebanyakan spesies pemangsa. Rahsianya ialah gabungan goyangan yang menggoda dan bunyi gemerincing dalam frekuensi tinggi yang mampu menarik perhatian ikan pemangsa.

 

Gewang rattlebaits dianggap gewang yang versatil dan dengan pilihan warna dan kemasan yang ditawarkan memang menjadi antara pilihan kaki mengilat. Kami sediakan 12 pilihan gewang rattlebaits tanpa bibir untuk anda.

baca juga gewang terbaik untuk sebarau

 

Bill Lewis Rat -L-Trap

 

Gewang hasil buatan Bill Lewis dianggap sebagai gewang klasik yang telah menewaskan banyak ikan bass sejak tahun 60-an.

Terkenal dengan gaya getaran dan bunyi gemerincingnya, gewang ini menjadi kegilaan peminat ikan jenis bass.

Terdapat dalam beberapa saiz dan kemasan warna spektrum daripada Avocado Zombie hingga Blue. Streak.

 

Cotton Cordell Super Spot

Super Spot merupakan gewang rattling ikonik dengan getaran yang cukup baik. Dengan padanan mata tiga saiz 4, gewang suspending 3 inci ini merupakan pilihan terbaik untuk balingan yang jauh serta aksi meracaunya dengan getaran frekuensi tinggi.

Gewang ini menyelam sekitar 3 kaki dan dihasilkan dengan variasi warna Royal Chrome hingga ke Foxy Mama.

 

Jackall Lures TN/70

Gewang ini datang dengan ballast luaran daripada tungsten yang menstabilkan posisi renangannya walaupun dalam keadaan karauan perlahan, laju atau berhenti.

Gewang ini juga dikatakan antara gewang killer dalam kelasnya. Dengan panjang sekitar 2.8 inci, gewang ini datang dengan variasi warna tradisional dan paten ghost.

 

LiveTarget Yearling Baitball Rattlebait

Direka untuk menyerupai kawanan ikan kecil, rattlebait unik ini dihasilkan dalam 2 saiz, di mana setiap satu profil agak berbeza.

Model 3 inci lebih menyerupai rekaan rattlebait tanpa bibir yang biasa manakala versi 2½ inci pula mempunyai rekaan perut yang lebih besar.

 

Livingston : Pro Ripper

Livingston mengeluarkan model Pro Ripper dengan dilengkapi teknologi yang dinamakan Electronic Baitfish Sound atau EBS. Kesannya, gewang ini menghasilkan aksi goyangan menarik serta bunyi gemerincing mimik ikan yang ketakutan.

Sistem EBS membuatkan gewang ini cukup berkesan pada keadaan turbiditi tinggi atau keruh.

 

Rapala : Rippin’ Rap

Rippin’ Rap daripada Rapala ini mempunyai aksi yang agresif, getaran yang berfrekuensi tinggi dan jatuhan yang lembut.

Gewang ini mampu di manipulasi dalam pelbagai jenis kelajuan karauan.

Dihasilkan dalam 3 saiz dan pilihan 12 warna, gewang ini dilengkapi dengan mata VMC, set mata 3D, tekstur sisik pada badannya serta sistem rattle multi-BB.

baca juga ketahui fungsi lidah gewang

 

River2Sea : Ruckus

Diperkenalkan pada tahun 2014, Ruckus direka untuk lebih menarik perhatian ikan pemangsa.

Hasilnya gewang ini dilengkapi dengan sistem ratlle dual-frequency yang memberikan nada bunyi gemerincing yang tinggi dan rendah bergantung kepada karauan.

Gewang 3 inci dilengkapi dengan mata tiga daripada black-nickel Big Bite.

 

Sebile : Flatt Shad

Calon gewang tanpa bibir yang unik, Flatt Shad mempunyai rekaan bahagian perut yang agak bulat dan pusat graviti yang rendah lantas membuatkannya beraksi dengan baik dalam banyak variasi kelajuan.

Gewang ini tidak menghasilkan bunyi namun mampu menjadi antara gewang killer.

Terdapat dalam variasi sinking, extra heavy dan suspending dengan pilihan warna yang banyak.

 

SPRO : Aruku Shad

Direka oleh pemancing bass legenda Roland Martin, Aruku Shad beraksi dengan posterior kepalanya ke bawah membuatkannya menggoda pemangsa di dasar.

Dengan kemasan warna menyerupai ikan sebenar, gewang ini dilengkapi dengan tekstur sisik dan mata 3D serta mata daripada Gamakatsu.

 

Storm : Rockin’ Shad

Rockin’ Shad daripada Storm ini mempunyai rekaan agak gemuk dan kepala yang rata serta badan yang agak tebal.

Gewang ini dilengkapi dengan sistem dalaman multi-ball rattle yang menghasilkan aksi sonik.

Dijual dengan padanan mata 3D hologram dan mata daripada VMC. Terdapat dalam 15 pilihan warna.

 

Strike King : Red Eye Shad

Antara kegemaran pemancing kompetitif Kevin Van Dam, Red Eye Shad unggul di kawasan berumput dan berstruktur yang dalam.

KVD menyukai gewang ini kerana goyangan ketika jatuhan dan aksi ketika twitch dan karauan rip-pause. Dilengkapi dengan mata VMC, mata 3D dan aksi free-floating rattles.

 

XCalibur : One Knocker Xrk

Jika kebanyakan gewang rattle menghasilkan bunyi gemerincing yang bising, One Knocker Xrk pula agak berlainan ritmanya.

Dengan tungsten tunggal, gewang ini menghasilkan nada ritma think-thunk-thunk dari kejauhan atau sayup.

Gewang ini datang dengan pelbagai warna kemasan.

baca juga gewang killer untuk siakap

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang