101 Tangkapan Monster Dunia (siri i)!!

Share

 

  1. Tertangkap pada tahun 1953 di perairan Cabo Blanco, black marlin (mersuji hitam) ini masih memegang rekod sebagai marlin terbesar yang pernah ditangkap.

Beratnya 1,025lb. Pemancing lejen tersebut Alfred Glassel Jr. dan dia mendaratkan marlin ini melalui teknik trolling menggunakan mackerel sebagai umpan.

 

2.  Pada tahun 1979, Ken Fraser berjaya mendaratkan Atlantic bluefin tuna (tuna sirip biru Atlantik) di perairan Aulds Cove. Tuna sirip biru Atlantik ini memiliki berat 1,496lb. Teknik yang diaplikasi Ken Fraser juga dengan trolling menggunakan mackerel sebagai umpan.

 

3.  Salah seorang pemancing terhebat sepanjang masa, Paulo Amorim yang berjaya mendaratkan Atlantic blue marlin (marlin biru Atlantik) terbesar.

Rekod tangkapannya seberat 1,402lb. Paulo menggunakan gewang Lure Moldcraft dengan kaedah trolling di perairan Vitoria, Sepanyol.

 

4. Pacific blue marlin (mersuji biru Pasifik) terbesar yang berjaya didaratkan datangnya dari perairan Kaaiwi Point pada tahun 1982 oleh Jay de Beaubien. Marlin ditewaskan dengan teknik trolling dengan umpan Kita Bait adalah seberat 1,375lb.

 

 

5. Swordfish (ikan todak atau pedang) terbesar yang ditangkap dan tercatat memiliki berat 1,182lb. Louis Marron adalah pemancing yang berjaya menarik keluar swordfish raksasa dari Iquique, Chili Utara pada tahun 1953 menggunakan trolling dengan bonito sebagai umpan.

 

6. Pada 2012, Guy Yocom menangkap yellowfin tuna (aya sirip kuning) terbesar yang pernah dicatat. Ikan besar ini ditangkap di perairan Cabo San Lucas, Mexico. Menggunakan joran Melton dan umpan hidup potongan ikan, Guy Yocom mampu mendaratkan tuna besar dengan berat 426lb.

 

7. Max Domecq pada tahun 2003 berjaya menangkap tarpon (ikan bulan) terbesar yang tercatat dengan berat 286lb. Tarpon monster ini ditangkap di perairan Rubane. Max menggunakan belanak sebagai umpan dengan teknik pancingan biasa.

 

8. Carl Stewart pada tahun 1947 berjaya mendaratkan Pasific sailfish (layaran Pasifik) terbesar yang pernah tercatat. Seekor sailfish raksasa seberat 220lb berjaya ditarik keluar dari perairan Pulau Santa Cruz, Ecuador.

 

 

9. Wahoo terbesar yang pernah ditangkap adalah dari Cabo San Lucas, Mexico dan rekod dunia ini dipegang oleh seorang wanita, Sara Hayward. Pada tahun 2005, Sara bertarung dengan wahoo seberat 183lb melalui teknik trolling dan rekod ini masih belum ditewaskan.

 

10. Rekod dunia tangkapan dorado (belitong) dibuat oleh Manuel Salazar pada tahun 1976. Beliau mengungguli dorado raksasa dengan berat 86lb dari Teluk Papagayo di Costa Rica. Metode yang digunakan dalam catatan ini teknik trolling, dengan menggunakan skirt tundaan.

 

11. Pada Ogos 1986, Mundus dan Donnie berjaya mendaratkan ikan terbesar dengan menggunakan joran dan kekili. Dengan menggunakan tali pancing berkuatan 150lb, pasangan ini berjaya mendaratkan great white shark seberat 3,427lb!

 

12. Alfred Dean pula berjaya mendaratkan ikan great white shark seberat 2,664lb di persisir pantai Australia selatan. Lebih menakjubkan beliau mengambil masa hanya selama 50 minit untuk mendaratkan monster tersebut. Lagi padu, beliau hanya menggunakan tali pancing berkekuatan 130lb.

 

13. Pada 13 Jun 1954, Cloyce Tippet berjaya mendaratkan seekor ikan roosterfish seberat 80lb di laut Cabo Blanco, Peru. Setting peralatan yang beliau gunakan ialah kekili Penn Senator, joran fiberglass Bob Kleiser dan tali pancing Ashaway.

 

14. Selepas 45 minit bertarung, Siegfried Dickermann berjaya mendaratkan albacore seberat 88.2lb di perairan Gran Canaria, Sepanyol. Umpan yang digunakan ialah mackerel hidup.

 

15. Pada 29 Februari 1992, Paolo Amorin berjaya menewaskan seekor mersuji biru di perairan Vitoria, Brazil. Dengan menggunakan gewang white Softhead, pertarungan itu memakan masa 1 jam 20 minit.

 

16. Pada 26 Oktober 1979, bertempat di perairan Aulds Cove, Nova Scotia, Kanada, Ken Fraser berjaya mendaratkan tuna sirip biru Atlantik seberat 1,496lb, dengan kaedah menunda menggunakan umpan mackerel.

 

 

17. Pada 17 April 1957, Dr. Russell Lee berjaya mendaratkan seekor big-eyed tuna (tuna mata besar) seberat 435lb di perairan Cabo Blanco, Peru. Doktor tersebut mengambil masa selama 55 minit untuk mendaratkan tuna itu ke atas bot.

 

18. Juga di Cabo Blanco, Peru, Alfred C. Glassell jr. Berjaya mendaratkan black marlin (mersuji hitam) seberat 1,560.5lb dan sepanjang 174 inci. Kejadian ini berlaku pada 4 Ogos 1953.

 

19. Selepas 15 minit bertarung, James M. Hussy berjaya mendaratkan seekor bluefish (ikan biru) seberat 31lb 12oz di perairan Hatteras Inlet di North Carolina, US.

 

20. Pada 26 Oktober 1962, Brian Batchelor berjaya memancing seekor bonefish seberat 19.5lb di perairan Zululand, Afrika Selatan.

 

Published by
Amang