Percaya atau tidak ikan merupakan antara subjek yang menarik untuk dibuat kajian. Justeru pelbagai kajian tentang ikan telah dilakukan dan pelbagai fakta yang menarik telah dicatatkan. Namun kami senaraikan 10 saja antara fakta yang menarik tentang ikan.
FAKTA 1
Dijangkakan terdapat lebih 15 000 spesies ikan yang masih belum direkodkan.
FAKTA 2
Ikan paling kecil ialah Philippine goby yang hanya berukuran 1/3 inci ketika dewasa.
FAKTA 3
Terdapat lebih daripada 25 000 spesies ikan telah dikenal pasti dan direkodkan.
FAKTA 4
Ikan puyu merupakan spesies yang sangat kuat dan mampu bertahan tanpa air dalam jangka masa yang lama. Malah spesies ini mampu bergerak di daratan menggunakan sirip pektoralnya yang kuat.
FAKTA 5
Spesies ikan terbanyak merupakan ikan air tawar sedangkan bumi hanya dilitupi oleh 0.01% air tawar.
FAKTA 6
Terdapat lebih banyak spesies ikan berbanding kombinasi jumlah spesies amfibia, reptilian, burung dan mamalia.
FAKTA 7
Ikan seperti jerung tidak memiliki komponen pelampung dalam badannya bagi memberikan kebolehan terapung dalam air. Jadi mereka perlu berenang berterusan atau pun berhenti di dasar air.
FAKTA 8
Sesetengah ikan menggunakan gigi untuk mengeluarkan bunyi sementara sesetengah lagi ikan tidak bergigi menghasilkan bunyi menggunakan udara dalam komponen pelampung dalam badannya.
FAKTA 9
Menurut kajian saintifik, ikan telah wujud di bumi sejak lebih 450 juta tahun dahulu.
FAKTA 10
Garisan lateral pada badan ikan bertindak seperti radar dan membantu ikan mengesan laluan walaupun dalam keadaan air keruh.