Mata kail tidak diciptakan untuk semua keadaan pancingan. Terdapat mata kail yang berbeza bentuk, mata tunggal atau mata tiga dan saiz.
Pastikan anda tahu spesies target anda dan pilih mata kail yang bersesuaian.
Seperti mata kail, penggunaan padanan rod dan kekili juga haruslah bersesuaian. Setiap spesies pasti mempunyai set yang sesuai untuk memancing.
Anda tentu tidak menggunakan set bangla untuk memancing puyu bukan?
Kuantiti tali utama perlulah bersesuaian dengan keadaan pancing dan juga kekili. Setiap kekili biasanya mempunyai anggaran kiraan kuantiti tali yang sesuai untuk dimasukkan ke dalamnya.
Selain itu, tali utama yang pendek atau tidak mencukupi juga sering kali membuatkan anda menepuk dahi setelah ikan terlepas.
Salah satu kepuasan dalam pancingan flyfishing ialah mempelajari pelbagai jenis flies untuk pelbagai jenis keadaan dam spesies.
Jika anda luangkan masa untuk belajar tentang flies, anda akan jatuh cinta dengan teknik ini. Jika tidak, jangan cuba teknik ini.
Pastikan susunan tali di dalam spool tidak bersilang atau bertindih dalam aturan yang tidak betul. Keadaan ini sering kali membuatkan anda berputih mata.
Jika anda merasakan ada yang tidak kena ketika balingan, periksa kembali tali utama anda terutama bagi kaki casting.
Ikan yang tewas selepas pertarungan mungkin kelihatan lemah, namun ia masih mempunyai tenaga akhir untuk membuat pecutan ketika anda mahu membuang mata kail.
Pengendalian tanpa sarung tangan bukan sahaja mampu membuat anda berputih mata, namun meninggalkan anda dengan kecederaan akibat sirip atau gigi yang tajam sebagai salam perkenalan.
Ketika trip memancing, amat penting untuk mendengar saranan dan nasihat daripada tekong atau guide.
Ini kerana, mereka lebih tahu dan berpengalaman dengan spot yang dibawa. Jangan terlalu ego dan nak tunjuk terer seolah-olah anda tahu segalanya atau seolah-olah anda telah memancing di situ setiap hari.
Memancing memang aktiviti untuk baik untuk mengisi masa lapang. Namun jika anda pergi memancing sekadar untuk berborak, makan dan minum, itu membuang masa namanya. Walaupun bersantai, pastikan anda tahu objektif utama anda.
Ya, anda mempunyai banyak koleksi gewang di dalam kotak gewang anda. Namun, ketika memancing, menukar gewang anda sepantas kilat dan terlalu kerap merupakan kerja sia-sia.
Secara tidak langsung, terlalu sekejap gewang anda berada di dalam air dan membuatkan ikan target anda hilang minat.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan