10 insiden yang menyebabkan joran prakkkk!

Share

 

Berapa peratus joran atau rod anda yang patah ketika sedang bertarung dengan ikan?

Tidak dinafikan memang banyak kejadian joran patah ketika sedang bertarung tetapi lebih banyak lagi joran yang patah akibat kemalangan atau pengendalian yang salah. Antaranya…

 

TERSEPIT PINTU

Boleh dikatakan peratus paling banyak patah berpunca daripada kejadian tersepit pada celah pintu. Sama ada tersepit celah pintu kereta atau apa-apa pintu di dalam rumah atau lain-lain bangunan.

 

TERPIJAK

Kemalangan terpijak joran sehingga patah ini biasanya berlaku di atas sampan atau bot memancing.

Atas sebab itulah munculnya pantang larang JANGAN MELANGKAH JORAN kerana bukannya akan menyebabkan kumpau tetapi takut terpijak joran itu sendiri.

 

 

TERSANGKUT OBJEK 

Etika casting pandang belakang sebelum membuat lontaran sebenarnya bukan sahaja untuk keselamatan pemancing tetapi juga untuk keselamatan joran.

Sudah banyak kejadian hujung joran atau tip patah akibat gewang tersangkut pada objek di belakang, biasanya pokok atau semak.

 

TERLEBIH PAM JORAN

Ini merupakan kejadian ketika sedang bertarung dengan ikan tetapi bukanlah disebabkan kekuatan ikan sebaliknya kesilapan mengangkat joran terlalu tinggi atau over limit darjah (melebihi 90 darjah).

 

 

TALI TERBELIT

Ia biasanya berlaku akibat kecuaian atau kegopohan untuk membuat lontaran tanpa melakukan pemeriksaan terhadap situasi joran.

Tali yang terbelit pada cincin ketika membuat lontaran umpan yang berat biasanya akan menyebabkan hujung joran patah.

 

STRIKE OBJEK

Biasanya kejadian strike atau menyentap joran yang tersangkut pada objek pegun di dalam air yang disangkakan ikan ini berlaku ketika casting atau jigging.

Terutamanya jika drag dilaraskan terlalu ketat dan strike secara berlebihan.

 

 

CABUT JORAN

Kejadian ini pula hanya berlaku kepada joran 2 pieces sambungan tengah atau belakang.

Ia berlaku ketika hendak mengeluarkan bahagian hadapan joran dari sambungannya dalam keadaan tali pancing tidak dipotong terlebih dahulu dan drag pula ketat seketat-ketatnya.

 

TERSANGKUT DALAM SARUNG

Joran aksi terlampau ringan seperti ultra light lazimnya terdedah untuk patah hujungnya jika dimasukkan ke dalam sarung terutamanya sarung fabrik kain yang berlipat dan dimasukkan secara kasar.

 

 

TARIK OBJEK SANGKUT

Tidak kiralah sama ada umpan atau mata kail tersangkut pokok atau karang, perbuatan menariknya dengan menggunakan kekuatan set pancing secara paksa dan melalu lazimnya akan menyebabkan bahagian yang lemah akan patah.

Lazimnya juga bahagian hujung joranlah yang paling lemah.

 

UJIAN LENTURAN

Seperti sudah menjadi kelaziman untuk menguji kekuatan joran kita akan membuat lenturan.

Namun banyak kemalangan patah joran berlaku ketika ujian ini bukanlah disebabkan joran tidak kuat tetapi kesilapan membuat lenturan pada bahagian joran yang salah.

 

Published by
Amang