Mempunyai racun yang berbahaya

Keunikan yang dimiliki ikan buntal adalah racun yang terdapat di kulitnya, bukan di dalam tubuh. Racun ini dikenali Tetrodotoxin atau TTX.

Tetrodotoxin adalah neurotoksin yang mampu merosakkan sistem saraf sehingga menyumbat saluran komunikasi antara tubuh dengan otak dalam waktu yang singkat.

Sebab itulah dikatakan bahawa racun yang ada pada ikan buntal lebih berbahaya dibandingkan dengan sianida.

 

Dapat mengembungkan badan 3 kali ganda

Keunikan ikan buntal adalah ketika diancam pemangsa, ikan Buntal akan mengembungkan tubuhnya sehingga duri-duri tajam yang beracun di kulit menakutkan pemangsa. Lebar ikan buntal ketika mengembungkan tubuhnya melebihi 3 kali ganda dari ukuran biasa.

 

Mampu berubah warna

Ikan buntal juga mempunyai keunikan lain iaitu kemampuan untuk mengubah warnanya mengikut keadaan sekeliling. Selain itu, ikan buntal juga dapat melarikan diri dengan cepat kerana ikan buntal mempunyai penglihatan yang jauh lebih baik.

 

Mempunyai gigi yang kuat dan tajam

Ads

Ikan buntal adalah dari keluarga Tetraodontidae yang diambil dari bahasa Yunani iaitu `tetra’ yang bererti empat dan `odous’ bermakna gigi.

Apabila dilihat sekali imbas, keempat-empat gigi tersebut hampir menyerupai bentuk paruh, tetapi bukanlah paruh! Namun, gigi ikan buntal mempunyai karakter seperti gigi haiwan pemotong yang selalu tumbuh memanjang.

 

Untuk mengatasi pertumbuh giginya, ikan buntal melakukannya dengan cara menggesekkan gigi pada terumbu karang dan batuan.

Membuat Tempat Tinggal Sendiri

Dari sekian banyak spesies ikan buntal, ada sebahagian ikan yang mampu membuat tempat tinggalnya sendiri. Contohnya seperti white-spotted puffer dan masked puffer. Kedua jenis ikan ini membuat tempat persembunyian atau rumah sendiri.

 

Ads

White-spotted puffer membuat sarangnya dengan menggunakan dasar pasir. Gambaran sarang yang biasanya dibuat oleh ikan tersebut berbentuk bulat dengan diameter 6 kaki

atau 3 meter. Mereka lakukan ini untuk menarik perhatian ikan buntal betina untuk bertelur di dalam rumahnya.

 

Boleh Dijadikan Ikan Peliharaan

Ikan buntal ikan yang beracun, tetapi ramai peminat ikan memelihara ikan beracun tersebut.

Ikan buntal yang selamat untuk dipelihara adalah seperti green potted puffer, bronze puffer dan pignose puffer. Walau bagaimanapun, ikan buntal memerlukan banyak air maka wajib bagi pemelihara ikan ini untuk selalu menggantikan airnya.

 

Ads

Memandangkan gigi ikan buntal yang cepat tumbuh, maka ikan tersebut sangat memerlukan batu karang atau cengkerang siput sebagai bahan pemotong giginya. Dan ikan buntal juga agresif apabila bercampur dengan ikan lain.

Menjadi Hidangan Lazat di Jepun

Di restoran Jepun, ikan buntal menjadi santapan yang lazat namun, memerlukan skil yang baik dalam mengolah ikan buntal sebelum menjadi makanan.

Untuk menghidangkan ikan buntal memerlukan pakar tukang masak profesional untuk menyiang ikan tersebut agar racun ikan buntal boleh dibuang sepenuhnya sehingga selamat untuk dimakan.

 

Spesies Terancam

Dikatakan bahawa ikan buntal di perairan laut China, Jepun dan Korea dalam tempoh 40 tahun terakhir, berkurangan sehingga 99%.

Ikan buntal Canthigaster cyanetron, ikan yang hidup di perairan Pulau Paskah juga dikatakan pupus kerana rosaknya terumbu karang di kawasan pantai Pulau Paskah.

Ikan buntal readline dan ikan kerdil yang terdapat disungai Nigeria juga termasuk dalam senarai ikan yang terancam.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI