10 Alasan Biasa Digunakan Untuk Kansel Trip Mancing!!

Share

 

Tak kiralah sama ada ahli keluarga, rakan atau jiran tetangga yang mengadakan kenduri kahwin ia merupakan antara alasan yang kerap digunakan.

Lazimnya ia akan disusuli dengan ayat penyata… `kalau aku tak pergi kenduri tu apa pulak orang kata’. Biasanyalah.

 

Alasan jatuh sakit pada hari kejadian (trip) ini biasanya tidak dinyatakan sebaliknya ahli trip yang lain akan tahu sendiri apabila menghubunginya.

Biasa juga dia mereka ni akan batuk dulu sebelum jawab salam. Suara pun macam keluar tak keluar. Secara otomatik jugak orang yang menghubungi akan faham dan takkan bertanya panjang lebar lagi.

 

`Sorry bro… anak aku sakit!!’ Mungkin juga dengan alasan nak hantar mak, isteri, adik, kakak atau sesiapa saja ahli keluarga yang ada ke hospital. Ia merupakan alasan common yang biasa dipergunakan.

 

Ia merupakan alasan yang agak ekstrem tetapi tetap digunapakai terutamanya kepada pemancing yang sudah kehabisan alasan untuk diberikan.

Malah ada sesetengahnya yang ingin menguatkan hujah sanggup menyatakan neneknya yang sudah meninggal, meninggal lagi buat kesekian kalinya.

 

Alasan lupa mungkin agak jarang kedengaran kerana sememangnya hampir mustahil bakal pengantin lupa untuk ke majlis perkahwinan.

Namun ia masih digunapakai terutamanya kepada pemancing yang sudah kehabisan idea untuk mencipta alasan lain.

 

Alasan tersilap tarikh trip hampir menyamai alasan lupa juga. Lazimnya ia digunapakai oleh pemancing yang berkeyakinan tinggi dalam temberang.

Kalau tak cukup ilmu lakonan dan sandiwara sememangnya sukar untuk meyakinkan pemancing lain bahawa dia betul-betul tersilap tarikh.

 

Kenderaan rosak pada hari kejadian juga merupakan alasan yang popular. Namun untuk menggunakan alasan ini lazimnya mereka akan menyatakan hal tersebut pada waktu yang tepat. Tidak boleh beritahu kawan-kawan trip terlalu awal dan tidak juga terlalu lewat.

 

Biasanya dia akan matikan handphone pada hari kejadian atau sehari lebih awal. Sehari dua selepas hari kejadian pun beliau tidak dapat dihubungi lagi. Beberapa kemudian barulah dia muncul dengan menyatakan alasan ini.

 

Dia akan beritahu sama ada cuaca buruk di kawasan kediaman atau mendapat berita lokasi yang akan dikunjungi bakal berlaku ribut atau sebagainya. Jadi, dia akan berpura-pura menyangkakan trip tersebut dah dibatalkan.

 

baca juga 8 Sebab Kenapa Kita Kumpau

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang