Pemancing moden kini perlu menguasai pelbagai ikatan mata kail atau penyambungan tali pancing. Ikatan FG atau FG Knot sememangnya satu ikatan penyambungan tali popular masa kini.
Ia merupakan ikatan yang sempurna dari segi kekuatan dan kelancaran tali sambungan keluar dari kekili tanpa tersangkut pada cincin joran. Sekiranya inginkan konsep ikatan yang sama tetapi untuk pancingan yang lebih berat, anda boleh cuba ikatan ini.
Tutorial 1
Potong secara menyerong hujung perambut yang akan digunakan.
Tutorial 2
Pintal hujung tali utama (yang telah dibuat simpulan bimini twist) 4-5 kali pada jari kelingking dan jari telunjuk. Kemudian masukkan perambut di bahagian bawah tali utama antara jari kelingking dan telunjuk.
Tutorial 3
Pusingkan pergelangan tangan agar tali utama melilit perambut. Hasil lilitan pertama dalam keadaan tali utama berada di bahagian bawah perambut. Pusingkan pergelangan tangan ke atas untuk lilitan seterusnya.
Tutorial 4
Dua lilitan yang dihasilkan dan ulanginya sehingga 10-15 kali. Untuk simpulan mati, lilitkan hujung tali utama membentuk bulatan melalui bawah perambut.
Tutorial 5
Kemudian masukkan hujung perambut ke dalam bulatan yang dihasilkan, ketatkan. Ulang 3-4 kali langkah yang sama.
Tutorial 6
Ketatkan simpulan FG dengan menarik kuat tali utama dan perambut.
Tutorial 7
Ulangi simpulan mati berulang kali dengan cara selang seli dari atas dan bawah perambut.
Tutorial 8
Buat simpulan mati terakhir di hujung tali perambut. Untuk lilitan pada tali utama pula, potong simpulan bimini twist agar menjadi tali tunggal. Teruskan membuat simpulan sebagai tali utama melilit perambut ke atas tali utama dan akhir sekali buatlah simpulan mati.
Tutorial 9
Potong lebihan hujung tali utama dan sebaiknya bakar hujung dengan api.
Foto hitam putih sering kali menjadi pilihan ramai kerana keindahan setiap foto tersebut mampu menghasilkan gambar yang unik, misteri, elegan, perubahan mood dan dramatik. Elemen warna ini amat istimewa saban kali ia dihasilkan sama ada secara manual atau pun digital.
Pengenalan kepada fotografi hitam putih ini adalah bermula apabila seorang tokoh fotografi yang tidak asing lagi iaitu Ansel Adams memperkenalkan Teori Sistem Zon. Teori ini hanya digunakan pada filem hitam putih sahaja namun konsep ini mula berkembang hingga ke digital.
Mengambil gambar hitam putih sebenarnya bukanlah mudah dan pecahannya banyak. Prinsip Kontras diguna pakai bagi mencari kepelbagaian jenis tona warna kelabu sama ada bertambah gelap atau menjadi lebih terang. Dan ini dinamakan sebagai Greyscale.
Selain itu perkara asas Silhouettes ialah apabila objek menjadi legap dan bahagian belakang gambar berwarna terang. Terang di sini bermaksud perubahan tona warna belakang objek lebih terang daripada objek yang dirakam.
Untuk foto hitam putih, sebaiknya rakamlah saat langit mendung, ia pasti pastinya menjadikan ia lebih indah. Penggunaan lightmeter pada kamera mampu menolong daripada segi pengukuran tona warna gambar yang dirakam.
Teori sistem zon
Ansel Adams memperkenalkan Teori Sistem Zon. Teori ini hanya digunakan pada filem hitam putih sahaja namun konsep ini mula berkembang hingga ke digital.
Tip mudah
Setkan pada ISO yang paling rendah. Ini adalah disebabkan oleh untuk mengurangkan noise dalam gambar.
Fokus pada objek yang bertekstur. Ia mampu memberi impak yang lebih jelas mengenai perbezaan warna hitam dan putih.
Bagi menghasilkan mood klasik, rakamlah gambar-gambar objek klasik juga seperti basikal tua, bangunan-bangunan lama, bangunan runtuh dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kesan warna pada hasil gambar tadi memberi nostalgia pada gambar tersebut.
Di samping itu, foto hitam putih juga sesuai digunakan ketika mengambil gambar potret. Karakter dan ekspresi dalam hal ini akan lebih menonjol.
Gunakan format RAW. Jika kamera anda tiada format RAW, boleh ambil gambar warna seperti biasa. Anda boleh mengolahnya dengan menukarkan warna di komputer anda nanti.
Komposisi gambar penting sama ada imej berwarna atau imej hitam putih.
Cuaca memainkan peranan contohnya seperti matahari terbenam, langit yang terang, sewaktu hujan mahupun waktu berkabus atau jerebu.
Teknik bayang atau shadow kerana ia menghasilkan imej lebih menari terutama sewaktu pagi dan petang.
Penggunaan Sidelighting menonjolkan bentuk yang maksima dengan memberi pencahayaan sampingan agar bayang yang dihasilkan lebih menarik.
Peka dengan suasana dan keadaan sekeliling. Gunakan pelbagai aperture dan shutterspeed untuk melihat kelainan dari segi hasilnya dan pasti tampak berbeza.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...