Ikan jenahak, antara ikan gred A bernilai tinggi yang enak dinikmati. Harganya juga boleh tahan di pasaran. Tidak kiralah apa jenis masakannya, ikan ini pasti akan habis licin! Lebihlebih lagi bahagian kepalanya yang enak dibuat kari. Entri resipi Majalah Umpan kali ini adalah sup ikan jenahak. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg ikan jenahak (bersihkan dan tos)
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba campur
10 biji bawang merah | di mayang
6 ulas bawang putih | di mayang
600 gm kentang | dibelah dua
60 gm suhun
1 keping asam gelugur
1 daun saderi
10 gm daun bawang | untuk hiasan
1 sudu besar minyak | untuk menumis
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK:
Ads
Tumbuk kasar ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
Bungkus bahan ini dengan kain jarang dan jadikan seperti punjut.
Rebus ikan bersama air dan juga punjut tadi. Biarkan mendidih.
Masukkan kentang, suhun, halia, asam gelugur, halba dan juga garam. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan ke dalam periuk sup dengan minyaknya sekali.
Kacau selama tiga minit dan hidangkan bersama daun bawang dan daun saderi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Cabaran paling getir memancing ikan pari ialah bila berhadapan dengan tindakan ikan pari melekap seluruh tubuhnya di dasar laut. Berikutan daripada itulah munculnya pelbagai petua untuk membebaskan pari daripada melekap. Ada petua yang logik tetapi kebanyakannya langsung tak boleh boleh diterima akal.
JENTIK TALI
Jentik tali pancing macam main gitar. Alasannya, pari akan terasa ngilu akibat daripada getaran tali pancing yang turut menggetarkan mata kail yang tertusuk pada mulut pari. Di mana logiknya korang fikirkanlah sendiri.
CURAH AIR TAWAR
Curah air tawar sama ada air paip atau air minuman pada tali pancing. Alasannya, air tawar yang akan mengenai mulut ikan pari akan menyebabkan kejutan atau melemahkannya. Sekaligus akan membuatkan ia bergerak keluar dari melekap. Logik ke air tawar boleh sampai ke mulut ikan pari setelah dicurahkan pada tali pancing?
GENTEL TEMBAKAU
Gentel atau lurutkan tembakau rokok pada tali pancing laju-laju. Alasan dan kesannya sama juga macam jentik tali pancing supaya ikan pari akan rasa ngilu. Di mana logiknya pun lebih kurang sama juga. Tak tercapai dek akal macam mana getaran tersebut boleh sampai ke mulut pari sekaligus rasa ngilu boleh mengatasi rasa sakit akibat tertusuk mata kail.
LEPASKAN BATU LADUNG
Sama ada menggunakan klip atau snap yang disangkutkan batu ladung, kemudian dilepaskan menerusi tali pancing dengan tujuan untuk mengetuk kepala atau mulut ikan pari, ia tetap merupakan satu tindakan yang tak masuk akal. Lebih-lebih lagi teknik pancingan tersebut menggunakan perambut tanduk atau ranggung.
TURUNKAN TEMBAKAU
Dikatakan ikan pari tidak suka bau tembakau (usah bincang bila masa pulak pari pernah hidu bau tembakau), maka tembakau dimasukkan di dalam uncang kain dan diturunkan melalui tali pancing menggunakan batu ladung sebagai pemberat. Persoalan paling utama, tak tersangkut ke uncang tembakau tu pada batu ladung yang digunakan di tanduk atau ranggung?
GUNA KAIN BERPETROL
Konsep yang sama menggunakan uncang tembakau. Kesannya juga nampak macam boleh diterima akal. Tapi pelaksanannya tetap tidak pratikal. Lebih buruk ia boleh mencemarkan alam sekitar. Silap-silap ikan lain yang ada di lubuk tersebut semua cabut lari sebab tak suka bau petrol.
Begitu juga dengan kaedah menggunakan tempurung kelapa, tutup botol atau daun sireh… semuanya petua yang susah untuk dihadam oleh logik akal.
Sedap ke ikan patipok aka pecah periuk ni? Korang jangan terpedaya pada rupanya. Mentang-mentang rupanya hitam, hodoh dan bermain di kawasan sampah hanyut, korang menyangka ia tidak boleh dimakan umpama ikan bandaraya. Ramai yang tidak tahu isi ikan pecah periuk ini jauh lebih sedap dari ikan siakap!
Bahan-Bahan
1-2 ekor ikan pecah periuk (anggaran 2-3 kilogram)
Bahan Untuk Rempah Ikan
2 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia
3 sudu besar rempah kari ikan
Bahan Untuk Ditumis
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
5 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
1 sudu teh halba campur (halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
2 tangkai daun kari
Bahan-bahan Lain:
Air asam jawa (700 ml, atau ikut suka)
3 biji tomato, dibelah dua
Bendi/ terung (jika suka)
Garam, gula & serbuk perasa
Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam. Kemudian cuci bersih ikan tersebut dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan yang perlu ditumis sehingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan diikuti dengan bendi dan terung. Kacau lalu biarkan ia hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan. Untuk tambah perisa, boleh letak garam, gula dan serbuk perasa jika berminat.
Bagi para lelaki, sangat disarankan memakan ikan ketutu. Kerana ikan ini mempunyai manfaat untuk meningkatkan vitalitas. Hal tersebut disebabkan dalam ikan ketutu banyak mengandung enzim dan juga hormon yang dapat membantu meningkatkan kesuburan bagi lelaki.
Ubat Penyembuhan Pasca Pembedahan
Salah satu manfaat ikan ketutu lainnya ubat alami dalam penyembuhan pasca pembedahan. Dengan pengambilan ikan ketutu secara rutin dalam jumlah yang cukup, maka akan mempercepatkan proses penyembuhan pasca pembedahan.
Menghaluskan Kulit
Bagi lady anglers, pengambilan ikan ketutu dengan jumlah minimum 100 gram setiap hari, mampu membuat kulitnya menjadi halus dan mulus. Ini kerana ikan ketutu sangat kaya kandungan vitamin E. seperti yang kita tahu Vitamin E merupakan salah satu jenis vitamin yang bermanfaat untuk kesihatan serta kecantikan kulit.
Agen Awet Muda
Selain dapat menghaluskan kulit anda, khasiat lain ikan ketutu yang banyak mengandung vitamin E ini, ialah membantu kita awet muda (jika diambil secara rutin). Sebab vitamin E yang ada di ikan ketutu, selain menghaluskan juga dapat meremajakan kulit anda serta membuang sel-sel kulit mati serta kerutan di permukaan wajah.
Mengubati Patah Tulang
Rawatan pesakit patah tulang dengan menggunakan atau pengambilan ikan ketutu merupakan cara yang tepat. Hal tersebut disebabkan kadar albumin yang tinggi dalam ikan ketutu sangat bermanfaat dalam pemulihan sel-sel tubuh yang rosak serta juga terbelah (pesakit patah tulang akan mempunyai sel yang terbelah). Untuk memperbaiki dan juga memulihkan sel tubuh yang telah terbelah tersebut dengan menggunakan albumin yang di dalam ikan ketutu.
Dapat Meningkatkan Kadar Albumin Di Dalam Tubuh
Albumin merupakan protein yang diproduksi oleh hati, kekurangan albumin membuat seseorang mudah terkena infeksi hepatitis. Orang yang mempunyai kadar albumin yang rendah terdedah terinfeksi dengan pelbagai penyakit hati seperti liver, hepatitis bahkan sirosis hati.
Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Manfaat albumin yang lainnya adalah untuk meningkatkan sistem imun tubuh. Kalau sistem imun meningkat, tubuh anda akan kebal terhadap pelbagai macam penyakit yang dapat masuk ke dalam tubuh.
Penyembuhan Luka Terbakar
Saat terkena luka terbakar, ada beberapa sel yang rosak. Kandungan albumin yang terdapat dalam ikan ketutu dapat memulihkan sel yang rosak akibat luka bakar tersebut. Kalau sel rosak tersebut dapat dipulihkan maka penyembuhan pada luka terbakar pun akan semakin cepat.
Mengubati Penyakit Hepatitis
Salah satu khasiat albumin lain ialah mengubati penyakit hepatitis. Hepatitis terjadi disebabkan oleh hati yang tidak mampu memproduksi albumin yang sangat bermanfaat bagi kesihatan hati. Oleh kerana itulah pengambilan daging ketutu dapat bermanfaat.
Mengurangi Risiko Terkena Serangan Jantung
Dengan pengambilan daging ikan ketutu secara rutin dalam jumlah yang tepat dipercayai dapat mengurangi risiko terkena penyakit serangan jantung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...