Admin kalau dapat ikan merah, terus terbayang dalam kepala apa yang nak dibuat. Memang takde lain dah… mesti nampak sup ikan merah je. Nak buat sup ikan merah ni takde la renyah sangat. Main campak-campak je. Kemudian pekena dengan nasi panas-panas. Pehhhhhh!
Bahan-Bahan:
Ads
Kepala ikan merah (kalau saiz besar 2-3 kg)
5 Ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
3 Ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1/2 inci halia (ditumbuk lumas)
2 sudu besar lada sulah
1 Batang kayu manis
1 Kuntum bunga lawang
2 Biji buah pelaga
Minyak untuk menumis
Garam, serbuk perasa
Cara-Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Ads
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan lada sulah, tumis sehingga naik bau
Masukkan kira-kira 4 cawan air dan biarkan ia mendidih
Ads
Masukkan ikan dan kacau rata sehingga ikan masak
Masukkan garam dan perisakan
Setelah padamkan api, masukkan daun sup dan sedia untuk dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika di negara luar (Amerika Syarikat contohnya), kaedah memancing secara ekstrem sudah semakin popular dikomersialkan.
Pancingan di atas kayak sambil dikelilingi jerung, pancingan di tebing berbatu yang curam, menangkap ikan menggunakan tangan dan bermacam-macam lagi seolah-olah sudah menjadi norma bagi sesetengah pemancing di sana.
Namun bagi pemancing Malaysia bagaimana pula?
Adakah anda sudah bersedia untuk menyahut cabaran pancingan secara ekstrem yang masih kurang diterokai ini?
Ya, meskipun pancingan secara ekstrem ini masih belum popular di negara kita, namun sudah ada yang mula menyahut cabaran pancingan ekstrem ini.
Pancingan kayak misalnya, sudah mula diguna pakai di tasik-tasik utama Malaysia. Bahkan, ada juga yang sudah mula berani menyahut cabaran aktiviti memancing kayak di lautan.
Semua ini seakan-akan sudah melihatkan bahawa pemancing Malaysia sudah berani bergerak setapak ke hadapan lagi.
Persoalannya di sini, apakah kelebihan atau keseronokan pancingan ekstrem ini kepada kaki pancing?
Beranikah Anda?
Melihat gambaran pancingan ekstrem ini secara menyeluruh, penulis boleh menyimpulkan bahawa pancingan ekstrem yang ada di Malaysia tidak terhad kepada pancingan kayak sahaja.
Aktiviti trekking di dalam hutan untuk mencari lubuk-lubuk ikan di sungai pergunungan juga boleh dianggap sebagai salah satu pancingan ekstrem yang sudah mendapat tempat di Malaysia.
Mana taknya, memancing di sungai pergunungan memerlukan stamina yang amat tinggi di kalangan pemancing.
Ini kerana, kita bukan sahaja perlu berjalan merentasi hutan berjam-jam lamanya, ada kalanya perlu merentasi sungai dan juga menolak bot yang kita naiki.
Semua itu memerlukan stamina dan motivasi yang tinggi. Ini belum lagi ditambah dengan cerita risiko bahaya dari haiwan liar dan sebagainya.
Semua itu menjadikan pancingan ekstrem ini semakin meluas skopnya di Malaysia.
Jadi, melihat kepada senario ini, penulis amat berminat untuk tahu tentang pendapat dan pengalaman pemancing tentang aktiviti pancingan ekstrem ini.
Bagi penulis sendiri, mungkin belum lagi tiba masanya untuk penulis mencuba pancingan ekstrem ini kerana faktor masih belum fit sepenuhnya.
Tapi bagi anda pula bagaimana? Beranikah anda? Tepuk dada, tanya selera. Jom layan apa kata pemancing tentang isu kali ini.
Apa kata netizen
PAKNDAK KT
“Pancingan ekstrem ini memang seronok tetapi mencabar. Pak Ndak sendiri pernah alami, ia memerlukan stamina yang kuat dan fikiran yang tenang. Selepas pulang baharu kita dapat rasa kenikmatan dan kepuasan.”
MUHAMMAD YEOP
“Selalu juga buat kayak fishing tapi biasanya trip solo saja, lagipun kayak jenis single SOT. Menyusur dalam 10km Sungai Bernam atau Sungai Slim.
Tingkatan kelas jeram pun sekadar gred I hingga II saja jadi jika menyusur sorang-sorang, pakai BA, minimakan set. Tak la cuak sangat.
Pernah juga naik berdua dengan adik. Dua kali terbalik. Habis hilang playar muncung tirus aku.”
HAFIDH YAZIT
“Pada pandangan aku, pancingan ekstrem terbahagi kepada dua. Pertama, lapangan pancing itu sendiri boleh jadi ekstrem.
Contohnya pancingan di jeram-jeram besar yang memerlukan stamina yang kuat ataupun di pelantar minyak yang jauh dari daratan.
Kedua,ikan sasaran itu juga boleh jadi ekstrem, contohnya mendaratkan spesies ikan eksotik seperti kelah merah, kelisa merah, spesies pendatang seperti arapaima, alligator gar dan lain-lain.
Boleh juga dipanggil “pancingan ekstrem” bila mendaratkan spesies mega seperti layaran dengan menggunakan set ultra ringan atau pun set udang galah.”
JEERA OLSKI
“Bagi saya sebagai seorang perempuan, untuk melakukan aktiviti ekstrem ni perlu ade orang yang berpengalaman untuk pantau sepanjang melakukan aktiviti ini.
Saya teringin berkayak sambil memancing sebab dulu saya pernah melakukan aktiviti berkayak ni. Bukan mudah nak pikul kayak untuk sampai ke dalam air.
Ia memerlukan tenaga yang banyak dan kuat sebab saya juga pernah merasa memikul kayak ni.”
MOHAMAD HAMIDI
“Salam, biasanya di kawasan yang memerlukan kudrat untuk meredah ni hasilnya memuaskan kerana pemancing lain jarang masuk ke spot yang ade disebabkan halangan-halangan seperti meredah semak samun dan air sehingga paras pinggang.
Kelengkapan juga perlu lengkap seperti memakai boot, membawa parang dan bilangan ahli jemaah juga penting.
Elakkan pergi berseorangan kerana kita tidak tahu masalah yang bakal kita hadapi mampu ditangani seorang atau tidak. Sekian pendapat bernilai 20 sen daripada saya.”
Suatu ketika dahulu saya bersama rakan-rakan mengadakan trip memancing ikan layaran di perairan Rompin selama dua hari dengan menggunakan khidmat seorang tekong berbangsa Cina.
Hasil trip hari pertama ternyata mengecewakan. Walaupun beberapa kali berjaya strike tetapi tiada seekor pun layaran yang berjaya didaratkan.
Dalam perjalanan kembali ke jeti, tekong ternampak saki-baki pisang di dalam kotak pancing milik saya.
Pisang tersebut sebenarnya bekalan kudapan dalam perjalanan ke Rompin. Spontan tekong tersebut menegur saya kerana bawa pisang ke atas botnya dan mendakwa pisang itulah yang menjadi punca kegagalan trip hari itu. Saya yang tersengih sajalah.
Trip hari kedua bersama tekong tersebut ternyata memberangsangkan. Selain berjaya mendaratkan spesies sasaran, kami juga berjaya menaikkan beberapa ekor tenggiri.
Ketika mengemas barangan pancing sewaktu perjalanan pulang ke jeti, sekali lagi saya terlupa tentang kewujudan pisang di dalam kotak pancing.
Spontan saya ambil pisang tersebut dan makan di hadapan tekong tersebut. Kali ini tekong tersebut hanya merenung saya tanpa sebarang komen.
Ada lagi yang percaya dengan pantang larang tak boleh bawak pisang ni? Pada pendapat korang… kenapa tak boleh bawak pisang?
Apa kata netizen?
“Pisang sejenis buah yang melawaskan berak. Dah ko makan pisang je… lepas tu nak berak! Ikan tengah makan ni…. dah la sampan kecik. Suruh berak kat belakang tak mau…. hantar ko ke tepi sementara tunggu ko berak, aku pulak kenyang dimakan agas…. pishangg aku jadinya.”
Cikwan Redzuan Jelani
“Yang bagi rezeki Tuhan, bukan pisang. Pisang tu kan buah, makanan… takde kena mengena pun rezeki memancing.”
Muhammed Azri Yahakub
“Ni orang putih punya kepercayaan… tak perlu la kot kita nak ikut.”
Mohd Iskandar Atan
“Untuk keselamatan kot. Mana tau ada yang buang kulit pisang merata-rata atas bot. Kang terpijak… terjun ke laut member. Hahaha…”
Araragi Koyomi
“Hurmmm… entah la. Tak tau nak cakap macamana. Tapi 2 trip pi bawa pisang.. memang pishanggggg!”
Abd Rahman
“Dari situlah timbul perkataan pishangggg. Selalu bawak pisang gi mancing elok je… rezeki Allah yang bagi. Bukan pisang bagi.”
Ejan Sqallow Anglerz
“Ikan takut makan umpan kalau orangnya tengah makan pisang… ikan ingat monyet yang mancing dia kot.”
Roslan Ahmad
“Maksudnya, kalau mancing dengan bot kecik, jangan bawak orang gila-gila. Nanti kalau dia went bananas, balik kosong dengan barah hati tahap 4 je lah.”
Kamarulzaman Hj A Rahman
“Pernah tengok kat TV yang misi cari tuna tu… tekongnya makan pisang dalam bot. Time mancing… macam-macam masalah timbul umpan terlepas la, leader putus la, kesudahannya… balik takde hasil.”
Naim Shah
“Mungkin sebab kalau kulit pisang buang merata contoh atas lantai bot… kang terpijak kang jatuh. Tapi sebenarnya rezeki Allah yang tentukan.”
Mohd Ariffin Mikaze
“Sebab tak boleh bawa pisang sebab bila kita makan asyik nak berak jer tak jadi nak memancing… hahhahahha. Maklum la pisang kan pelawas. Lagi satu takut pishang jer waktu mancing selain membangau… kikiki.”
Shuhaile Adha Md Razali
“Kami pernah mancing pakai umpan pisang emas. Banyak dapat ikan kerapu besaq tapak tangan di lokasi Telok Nibong Langkawi.”
Menurut satu kajian, terdapat sekurang-kurangnya 6 jenis ikan yang mengandungi zat yang kurang bagus untuk badan. Berikut merupakan ikan yang diperlu dielakkan dari memakannya.
Secara umumnya ikan-ikan yang disenaraikan di atas tidak disarankan untuk pengambilannya kerana rata-rata habitat mereka telah dicemari pencemaran manusia. Namun ikan-ikan di atas lebih menjurus kepada ikan yang berasal dari perairan Eropah dan Amerika. Sementara untuk jenis ikan yang sama dan hidup di perairan negara, ikan-ikan tersebut disahkan selamat untuk diambil sebagai makanan.
Ikan Minyak (Oil fish)
Oil fish atau ikan minyak mengandung zat gempylotoxin, sejenis zat yang terkandung dalam lilin. Zat ini sangat sukar untuk dimetabolisme oleh tubuh. Meskipun racunnya tak begitu membinasakan tubuh, tetapi pengambilan dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan gangguan pencernaan. Untuk mengurangi kadar gempylotoxin, ikan ini sebaiknya digoreng hingga kering atau dipanggang dalam waktu lama.
Ikan Keli Afrika
Ikan keli Afrika dapat membesar dengan cepat dan dengan saiz yang besar juga. Untuk mempercepatkan tumbesaran, ada penternak yang mementingkan keuntungan dengan memberi makan ikan ternakan ini dengan hormone tertentu. Ia menjadikan ikan-ikan tersebut membesar dengan tidak wajar. Walau bagaimana pun ikan-ikan keli Afrika yang hidup di alam semulajadi tetap memiliki kandungan gizi yang baik untuk badan.
Ikan Mackerel
Mackerel adalah sebutan bagi sekelompok ikan laut luas yang terdiri dari beberapa ahli dari famili Scombridae. Dalam satu kajian didapati ikan ini cenderung mengandung logam merkuri. Makerel di Lautan Atlantik dianggap paling banyak mengandungi merkuri. Jadi, ada baiknya anda tidak memakan ikan jenis ini terlalu banyak.
Ikan Tuna
Sebagaimana Mackerel, ikan yang memiliki gaya hidup secara berkumpulan ini juga mempunya kandungan merkuri. Terutamanya tuna sirip hitam dan sirip biru. Ikan ini jenis ini juga tidak boleh dimakan secara berlebihan.
Ikan Tilapia
Di sebalik kelazatan ikan tilapia, rupa-rupanya ia mengandungi konsentrasi lemak yang berbahaya. Menurut kajian terperinci, kandungan lemak berbahaya yang ada pada ikan tilapia setinggi kandungan lemak pada daging babi. Terlalu banyak pengambilan ikan ini akan menambah kadar kolesterol dan membuatkan tubuh menjadi sensitif terhadap alergi.
Ikan Belut
Belut termasuk dalam kategori jenis ikan yang mengandung banyak lemak. Belut tersenarai dalam catatan ikan berbahaya kerana kebanyakan belut sekarang hidup dengan menyerap sisa industri pertanian. Spesies belut di Amerika telah dinyatakan mempunyai racun yang tinggi. Sementara, belut Eropah dianggap berbahaya kerana dicemari merkuri dalam jumlah yang besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...