Satu perkara yg jadi persoalan dah agak lama… siakap putih boleh tukar jantina dari jantan pada betina tapi dalam masa tertentu siakap jantan akan masuk untuk mengawan.
Dalam tempoh bila siakap akan menukar jantina dan berapa lama? Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina dikawasan tertentu?
JAWAPAN:
Ads
Ikan siakap atau barramundi adalah spesies ikan yang cenderung atau berkemampuan merubah jantina (protandrous hermaphrodites).
Selepas menjalani tempoh kematangan dan beberapa kali mengawan, kebanyakan ikan siakap jantan ini mengalami proses perubahan jantina menjadi ikan betina, bergantung kepada keadaan.
Ads
Atau erti kata lainnya, bukan semua ikan siakap akan berubah jantina dan ada siakap dilahirkan sebagai jantan dan mati juga sebagai jantan.
Dan setelah bertukar menjadi betina, siakap tersebut kekal sebagai betina. Hal ini mungkin terjadi bagi mengawal populasi ikan siakap agar tidak terlalu banyak.
Ini kerana seekor induk betina siakap mampu menghasilkan jutaan telur. Dan sebagai ikan pemangsa, sudahlah tentu ia satu yang bahaya jika populasi berlebihan.
Ads
Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina di kawasan tertentu adalah sesuatu yang lumrah kerana pada musim monsun atau musim mengawan, siakap jantan akan meronda masuk ke estuari untuk mencari pasangan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Secara asasnya, mata kail hitam (black nickel) dikatakan lebih sesuai digunakan di perairan air tawar. Ini adalah kerana warna hitam itu lebih serasi dengan kegelapan dasar perairan air tawar sekaligus bersifat halimunan.
Sementara mata kail berkilat (aloi atau stainless steel) lebih sesuai digunakan di perairan air masin kerana sifat kilatnya itu sedikit sebanyak memainkan peranan untuk menarik perhatian ikan.
Secara peribadi, admin bersetuju dengan pendapat ini. Malah ada juga yang berpendapat, mata kail berkilat kurang sesuai digunakan di perairan air tawar kerana kilauan mata kail itu akan menakutkan ikan.
Atas sebab itu jugalah kebanyakan mata kail gewang (mata tiga dan mata tunggal) bagi pancingan air tawar kebanyakannya adalah mata kail hitam. Sementara mata kail hitam ini kurang digunakan di laut bukanlah kerana ia tidak memiliki faktor kilauan, sebaliknya ia adalah jenis bahan yang mudah dikakis air masin dan berkarat.
Namun, untuk keberkesanan yang lebih bagi pancingan air tawar, tidak kiralah sama ada mata kail hitam atau berkilat, mata kail itu perlulah disembunyi dengan sempurna di dalam umpan.
Justeru, sebagai contoh jika menggunakan cacing sebagai umpan, cacing itu haruslah dicucuk sehingga menutup bahagian mata kail sepenuhnya. Begitu jugalah jika menggunakan umpan-umpan lain.
Salam admin… saya ada satu perkara untuk dibincangkan. Isunya ialah… sejauh manakah kebenaran sumber yang mengatakan ikan kurang aktif memakan umpan sewaktu hujan lebat? Dan apakah bahaya jika memancing dalam keadaan cuaca yang buruk?
JAWAPAN:
Memancing semasa hujan lebat sememangnya berisiko. Risikonya terdiri daripada beberapa aspek, antaranya:
Pertama, joran yang digunakan diperbuat dari graphite yang mampu menarik sambaran kilat oleh itu kita perlulah turunkan joran dan simpan di bawah sekiranya terdapat petir. Jika tiada petir sekali pun sebaiknya lakukan langkah keselamatan kerana kita tidak dapat menjangka kejadian ribut petir.
Kedua, apabila kita berada di tengah laut, tasik atau di tebing sungai di mana tiada terdapat pokok atau objek yang lebih tinggi daripada kita maka kemungkinan disambar petir adalah amat tinggi.
Ketiga, bahaya dari kepala air, terutamanya apabila kita memancing di muara sungai dan sungai-sungai di pegunungan atau hutan serta peningkatan air secara mendadak disebabkan pengaliran air yang banyak dari hulu. Jadi segera keluar atau naik ke lokasi yang lebih tinggi kerana kepala air akan meranapkan apa sahaja di hadapannya.
Keempat, bahaya perubahan suhu. Ia boleh menyebabkan suhu badan kita turun dengan mendadak yang mendorong berlakunya demam. Lebih-lebih lagi kejadian hujan panas.
Berkenaan tahap keaktifan ikan ketika hujan lebat, saya kira tahap keaktifan sedikit berkurang jika hujan terlalu lebat. Sebaliknya jika hujan pada tahap biasa, ikan masih aktif seperti biasanya. Tetapi selepas hujan lebat terutama sekali di kawasan muara sungai sebab terdapat banyak serangga dan makanan yang dihanyutkan air semasa hujan lebat.
Salam.. boleh tak tuan kongsi tip memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang? Umpan, perambut dan teknik.
Selalunya saya target ikan alu-alu guna umpan banang… tapi nak dapat banang tu macam mana?
JAWAPAN:
Berdasarkan soalan saudara ini, saya merasakan pengalaman saudara memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang itu sudah mengatasi pengalaman saya.
Oleh yang demikian, saya memilih untuk menjelaskan teknik memancing todak atau banang untuk dijadikan umpan alu-alu, yang merupakan ikan sasaran saudara.
Saya tidak pasti teknik ini berkesan untuk memancing todak di bawah jambatan itu tetapi ia sangat berkesan sewaktu saya memancing di beberapa kelong.
Perkara pertama yang anda perlu cari dahulu ialah umpan untuk todak itu sendiri. Biasanya saya akan akan cari ikan bilis atau tamban kecil dengan menggunakan apollo.
Sebaiknya guna mata apollo saiz 4. Selepas itu saya hanyutkan umpan bilis atau tamban dengan teknik apungan.
Pastikan umpan terapung di permukaan air kerana todak sememangnya gemar menyambar mangsa di permukaan air. Mata kail pula pilihlah mata kail bersaiz kecil, ringan dan tajam.
Sekiranya tiada umpan hidup, ikan tamban yang sudah mati juga boleh digunakan. Ikan tamban tersebut dibersihkan sisiknya terlebih dahulu.
Kemudian ikan tamban itu dibelah dua (hiris memanjang pada tulangnya) dan ambil isinya sahaja sebagai umpan.
Gunalah sekurang-kurangnya 2 mata kail bersaiz kecil bagi mencangkuk umpan ikan itu kekalkan teknik yang sama sebagaimana menggunakan umpan hidup.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...