Umpan untuk memancing ikan merah jalang yang paling utama ialah ikan selayang (sardin) untuk siang dan malam dan sotong hidup di malam hari.
Bagaimanapun jika jumpa kelompok ikan ini di satu lubuk, apa-apa umpan ikan janji kesegarannya terjamin boleh digunakan.
Umpan boleh dicangkuk seekor jika kecil atau dihiris memanjang. Umpan mati terbaik ialah ikan atau sotong belum kena ais.
Potong memanjang berjuntai sedikit lebih baik dibandingkan seketul isi dipotong bersama tulang.
Ads
Apa yang lebih penting sebenarnya ialah pemancing perlu pastikan agar umpan tidak terbelit dengan tali utama sama ada menggunakan teknik apollo mahupun tanduk. Mengunakan tanduk dapat mengurangkan risiko umpan berpintal dengan tali utama.
Faktor menentukan saiz mata kail biasanya dirujuk kepada saiz ikan yang dipancing. Ikan merah jalang adalah jenis ikan merah memiliki mulut saiz normal seperti ikan jenahak maupun siakap merah.
Ads
Jika saiz kurang sekilogram, boleh dipadankan dengan mata kail seperti Gamakatsu nombor 1 atau 2.
Jika saiz menjangkau 3kg ke atas, mata kail nombor 3/0 hingga 5/0. Saya gemar mengunakan gabungan 2 mata kail, kecil nombor di hadapan dan saiz 3/0 atau 4/0 di belakang.
Ikatan perambut tanpa perambut dawai kecuali jika ada pemangsa bergigi tajam mencuri umpan terutama pada malam hari.
Saya masih baru lagi dengan hobi memancing dan ingin tahu kenapa kaki pancing gila sangat dengan gewang, sedangkan bagi saya umpan hidup adalah umpan yang berkesan untuk memancing spesies predator. Lebih tak masuk akal ada gewang yang harganya langsung tak munasabah.
JAWAPAN:
Memang diakui penggunaan umpan hidup lebih berkesan kerana ia umpan betul untuk menjerat spesies predator seperti sebarau, baung besar, belida (anak ikan, udang), tenggiri (ikan kembung, tamban) toman (keli, ikan lampam).
Namun, harus diingat penggunaan umpan ada batasnya seperti umpan hidup sukar diperolehi, sukar dibawa ke mana-mana dan mudah mati. Berapa lama anda mampu mengusung dan menjaga umpan hidup sekiranya anda seorang kaki casting tegar yang memancing sehariannya.
Penggunaan gewang adalah revolusi oleh penciptanya yang memikirkan umpan tipu perlu dicipta kerana kaki pancing tidak sebolehnya terus bergantung pada umpan hidup. Mereka telah mengkaji dari segi bentuk, fleksibel renangan, bentuk dan sebagainya sehingga lahirnya pelbagai jenis bentuk, warna, jenama gewang ada di pasaran.
Secara amnya, penggunaan gewang lebih praktikal kerana ia memberi lebih kebebasan kerana tidak perlu membeli umpan hidup, segar, tidak perlu buang masa, cangkuk umpan hidup baru terutama semasa ikan sedang frenzy, tidak berbau, mengotorkan tangan anda, tidak perlu menyediakan bekas besar untuk simpan umpan hidup, boleh dibawa ke mana-mana sahaja serta memberikan lebih liputan kawasan ketika memancing berbanding umpan hidup yang perlu dikarau perlahan.
Saya diberitahu sekarang ini adalah musim udang galah… betul ke admin? Tak tahu pulak saya udang galah pun ada musim jugak.
JAWAPAN:
Saya bersetuju dengan anda. Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai, hilir sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimana pun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah.
Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa.
Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya.
Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit.
Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti. Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah.
Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin.
Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
Saya biasa beli main line 300 meter kadang-kadang 150 meter. Persoalannya, boleh ke main line yang balance ni disambung dengan balance main line? Iya la… Nak buang sayang… beli 300 meter, masuk spool dalam 220 meter je. Jadi, balance 80 meter tu boleh sambung tak dengan tali yang lain. Kalau ada, ikatan apa yang terbaik untuk elak tali lucut?
JAWAPAN:
Admin faham dengan jelas persoalan yang anda kemukakan. Lebihan tali selepas dimasukkan ke spool merupakan perkara umum yang berlaku kepada pemancing yang membeli tali pancing dengan cara ini. Dan menggunakan lebihan tali tersebut yang disambungkan dengan tali lain juga bukanlah sesuatu yang asing malah dipraktikkan oleh ramai pemancing.
Begitu pun admin nasihatkan, sebaik-baiknya lebihan tali tersebut dijadikan tali spare bagi menggantikan tali yang digunakan sekiranya ia putus. Dalam soal penyambungan tali (sekiranya tali asal putus), sebaiknya pastikan dulu tali mana yang lebih panjang.
Sekiranya tali utama lebih panjang dari tali spare maka tali spare tersebut haruslah disambung pada bahagian belakang. Ini bagi mengekalkan bahagian sambungan berada di dalam spool terutamanya ketika sedang bertarung dengan ikan.
Sekiranya ingin menyambung lebih tali itu dengan tali yang lain, sebaiknya pastikan tali lain itu sama diameter dengan tali lebihan. Begitu juga dengan kapasiti tali yang ingin disambung tersebut.
Sekiranya ia lebih panjang maka jadikan lebihan tali berada di bahagian belakang sebagai back up. Cara ini lebih selamat agar bahagian sambungan tidak berhadapan dengan risiko terlucut ikatannya.
Banyak ikatan yang boleh digunakan untuk penyambungan tali. Begitu pun admin sarankan anda aplikasikan ikatan double uni knot. Ia terbukti berkesan walaupun menyambung tali berbeza diameter.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...