Perangai pemancing ni pelbagai ragam. Setiap pemancing ada karakter tersendiri. Namun, kalau korang ada perangai macam yang disenaraikan ini, tunggu sajalah insiden `tak ajak’ menimpa diri korang.
Pakai set pancing tak sepadan
Pemancing jenis ini biasanya suka set pancing yang tak sepadan dengan spesies buruan. Contohnya pakai joran PE0.5-1.0 dengan kekuatan tali 10lb untuk memancing ikan layaran.
Bila berjaya, dengan bangganya canang satu dunia. Masalahnya, ahli trip yang lain terpaksa beri ruang, masa dan jadi penonton berejam lamanya untuk dia mencapai misinya.
Kalau trip itu dia payung kembang tak jadi mengapalah jugak. Lagi pedih, dia langsung tak rasa bersalah.
Suka Meminta
Korang pasti akan berjumpa dengan pemancing jenis ini. Ada yang suka meminta bantuan ikatkan mata kail atau buat FG knot.
Ads
Ada juga yang suka meminta alatan kelengkapan memancing macam perambut, mata kail, swivel dan macam-macamlah lagi.
Tapi yang paling tak tahan kalau ada jenis yang bukan tak boleh buat sendiri atau tak ada semua peralatan tersebut tetapi memang jenis suka meminta.
Tak menepati masa
Pemancing jenis ini memang sukar untuk menepati masa. Untuk mengenali pemancing jenis ini jangan terus diajak sertai trip besar. Uji dulu dengan beberapa sesi ngeteh.
Kalau dia datang tepat pada masanya atau sekadar beberapa minit lewat, boleh la ajak join trip. Tapi kalau setiap ngeteh, tak pernahnya tak datang lewat, ada baiknya abaikan saja jika dia nak join trip.
Pemancing jenis ini biasanya boleh menyebabkan trip terpaksa dibatalkan.
Ads
Jenis pelupa
Apa reaksi korang kalau dah berejam tunggu kat jeti atau kat mana-mana, batang hidungnya masih tak nampak. Whatsapp tak berbalas dan nak call pun tak dapat.
Selepas hari habis trip atau trip terpaksa dibatalkan, baru boleh contact dan tanpa rasa bersalah dia boleh cakap terlupa.
Ads
Terlebih pandai
Ada kelebihan tertentu jika anda adalah seorang pemancing yang bijak (berilmu). Tetapi jika inginkan sesuatu kelebihan dengan cara memandai-mandai sendiri, akan menyusahkan ahli trip yang lain.
Korang tentu biasa bertemu dengan pemancing yang suka berlagak pandai dalam banyak perkara. Dalam banyak perkara, dia saja yang betul. Tapi takde siapa yang berani nak bantah atau melawan balik tindakannya itu. Tentu ada kan?
Akhir-akhir ini trend custom rod semakin menjadi kegilaan kaki pancing Malaysia. Tidak kiralah sama ada set bottom, casting, jigging, surfcasting mahupun fly fishing, ada sahaja permintaan di kalangan kaki pancing untuk memiliki joran yang sesuai dengan cita rasa dan spesifikasi yang mereka inginkan.
Malah bukan itu saja, ramai peminat custom rod percaya bahawa dengan menghasilkan rod mengikut cita rasa sendiri ini mampu memberikan aksi dan hasil yang lebih baik daripada joran ready-made yang sedia ada.
Persoalan yang timbul di sini ialah mengapa ada yang mengatakan custom rod ini dikatakan lebih baik dari joran ready-made?
Puas juga mencari jawapan, akhirnya penulis mampu memberikan beberapa alasan mengapa custom rod ini lebih digilai oleh kaki pancing masa kini.
Pertamanya, untuk mendapatkan joran dengan prestasi terbaik. Ini kerana dengan custom rod, anda boleh memilih sendiri material yang anda inginkan.
Sudah tentunya bila anda mempunyai hak untuk memilih, anda akan memastikan semuanya datang dari material yang terbaik. Itu menjadi antara penyebab custom rod semakin digilai kerana value yang dihasilkan mungkin sukar ditandingi oleh mana-mana set joran yang ada di pasaran.
Keduanya, faktor ingin menjadi lain daripada yang lain juga menjadi penyebab mengapa kaki pancing beralih kepada custom rod.
Anda bebas nak letak nama pada rod anda, anda boleh memilih sendiri warna kegemaran untuk rod anda, malah anda juga boleh mereka bentuk sendiri keseluruhan joran mengikut cita rasa anda.
Selain itu, joran ready-made atau production rod yang boleh dibeli di kedai pancing kebiasaannya dihasilkan mengikut spesifikasi seorang lelaki biasa sahaja.
Oleh itu, ini boleh menjadi penyebab rod tersebut tidak sesuai untuk sesetengah pihak yang mungkin mempunyai bentuk badan yang berbeza sekali gus membuatkan individu itu untuk menghasilkan rod yang sesuai bukan sahaja mengikut bentuk badan malah untuk kepuasan mereka sendiri.
Itu antara sebahagian kelebihan dan sebab kaki pancing beralih arah kepada custom rod. Namun, bukannya begitu mudah untuk memiliki custom rod ini. Kadang-kala ia memerlukan modal yang lebih besar daripada rod ready-made yang ada di pasaran.
Sebab alang-alang ingin custom rod, blank mestilah yang terbaik, begitu juga dengan ring dan aksesori lain. Tidak hairan, custom rod ini akan mencecah angka yang tinggi mengikut bajet yang sanggup dikeluarkan oleh peminatnya.
Ini antara sebahagian inti pati yang dapat penulis simpulkan mengenai kegilaan custom rod. Selebihnya, apa kata kita tanyakan sendiri kepada kaki pancing tentang apa lagi yang best tentang custom rod ini.
“Bestnya custom rod ni sebab ia boleh dihasilkan ikut keselesaan tangan kaki pancing. Selain tu, kaki pancing pun boleh pilih sendiri material apa yang nak digunakan selain boleh design sendiri warna rod, benang, handle rod dan lain-lain lagi. Biasanya, custom rod juga mempunyai setting cincin dan backbone yang lebih baik berbanding rod biasa.”
Delly Zirr
“Custom rod ni digilai sebab banyak kelebihannya. Antaranya, rod blanks yang dikehendaki pembeli biasanya tak dijual di kedai-kedai pancing. Selain tu corak dan warna custom rod ni juga sangat eksklusif. Ada custom rod juga gunakan teknik wrapping yang mana memang jarang digunakan pada mass production rod.”
Angler Rise
“Menariknya lagi, barang-barang seperti guides, tip guides, reel seat, eva/cork handles dan lain-lain juga boleh dipilih mengikut cita rasa pembeli. Spine atau tulang belakang rod custom juga biasanya akan diberi perhatian yang teliti supaya rod tu berkebolehan untuk memberi fight kepada ikan. Pendek kata, custom rod ni ada identitinya yang tersendiri mengikut pilihan kaki pancing.”
Zimi Chan
“Pada pendapat saya, custom rod ni banyak kelebihannya bagi seseorang pemancing tegar tapi tu semua terpulang pada individu serta kemampuan. Macam saya, saya lebih suka custom rod yang ringan tapi kuat serta hujungnya sensitif bila ikan makan umpan. Ni cuma pendapat serta rod custom yang saya inginkan je. Mungkin orang lain, lain pendapatnya.”
Husni Murbak
“Saya lihat kelebihan utama rod custom made ni adalah keselesaan/kepuasan kepada pemancing. Ini kerana tujuan custom made sendiri adalah untk memberi peluang kepada pemancing bagi mendapatkan sebatang rod yang betul-betul ikut spec mereka, seperti kelenturan, kekuatan, panjang, jenis guide dan handle. Kedua, kelebihan rod custom made adalah kualitinya. Pada masa ni semua rod kosong yang datang adalah dari material yang sangat berkualiti dan kuat seperti G loomis atau Xzoga. Jadi ia memberi kelebihan jangka masa panjang dari segi hayat rod tersebut.”
Syam Krezi
“Custom rods atau tailored rods dah pada dasar istilah pun dah bawa maksud ikut specs seseorang pemancing. Dari segi rod itu sendiri rasanya tidak ada kelemahan, yang ada hanya perbandingan positif dan negatif. Sekiranya custom rod maker adalah seorang yang benar-benar pakar, dia akan bertanya semula pada pelanggan apa sebenarnya target penggunaan rod tersebut dan apakah reel yang akan dipasangkan dan bukan buat atas dasar permintaan ikut specs semata-mata. Yang negatif tentang custom rod kalau nak diikutkan satu je, kos pembuatan. Kalau mampu apa saja boleh…”
Rudy Glams
“Pendapat saya, custom rod ni beri kepuasan maksima kepada pemancing kerana ia dibuat mengikut spesifikasi daripada pemancing itu sendiri. Kekurangannya pula,bila rod tersebut tak dibentuk dengan sempurna oleh rod builder dan ini boleh menyebabkan pemancing kecewa dengan kualitinya.”
Memang sakit kalau tengok orang sebelah je yang pacak… Orang sebelah je yang gasak, tapi kita membangau macam bangau panjang leher.
Kalau dapat ikan pun ada je masalah yang menyebabkan ikan gagal didaratkan. Bagi mengatasi masalah ini, ada baiknya kita buat homework sikit sebelum membuat lontaran pertama.
Tali reput
Buat pemeriksaan pada tali utama sama ada ia masih utuh atau sudah reput. Jika perlu buang beberapa kaki tali hadapan sebagai langkah keselamatan. Jangan sayang nak buang tali yang macam dah nak reput atau yang sudah luntur warnanya.
Ikatan
Jika menggunakan tali sulam dan perlu disambung dengan shock leader, pastikan ikatan sambungan itu kukuh dan kuat. Jika was-was, sebaiknya buat ikatan baru. Biar lambat asalkan tak lucut atau putus.
Jika menggunakan mata kail yang pernah digunakan, uji tahap ketajamannya dulu. Kalau dah kurang tajam, elok tukar yang baru. Kalau dah tumpul wajib buang terus jangan disimpan lagi.
Saiz tak ngam
Saiz dan jenis mata kail jugak perlu diperhatikan. Sebaiknya guna saiz mata kail yang sepadan dan elakkan guna mata kail kurang berkualiti. Mata kail yang kecil tak semestinya ikan kecil saja yang makan.
Set tak sepadan
Set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan target. Banyak kejadian ikan gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal menakluk ikan. Malah banyak kes kumpau disebabkan masalah asas ini.
Umpan salah
Umpan yang akan digunakan perlu dipastikan keberkesanannya. Sama sebagaimana pemancing lain gunakan. Kalau pemancing lain guna udang, kita pakailah udang. Kalau pemancing lain guna perisa pandan, kita gunalah pandan jugak.
Teknik silap
Jika umpan sudah bagus, pastikan teknik yang digunakan juga adalah sesuai. Sama ada teknik apung, gantung atau dasar. Yang penting kena pantau teknik apa yang cepat ikan ambil umpan.
Cara strike
Teknik strike atau menyentap ikan juga penting begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya didaratkan. Kalau strike siakap, jangan macam sentap udang galah. Kalau layan tenggiri jangan main macam layan gelama.
Daging udang kara mengandungi asid lemak omega 3 dalam jumlah yang tinggi. Asid lemak omega-3 penting untuk mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung. Telah terbukti bahawa orang-orang yang berisiko tinggi terhadap gangguan jantung, mendapat manfaat dari udang kara karena kandungan omega-3 di dalamnya.
Ia membantu menurunkan berat badan. Udang kara memiliki kandungan protein yang lebih banyak daripada produk haiwan lain seperti ayam dan lembu.
Selain itu, kandungan kalori dan kolesterol pada udang kara pun lebih rendah jika dibandingkan dengan ayam atau lembu. Protein yang tinggi ini dapat membantu pembentukan tenaga, pemantapan gula dalam darah, dan menurunkan berat badan dengan diet rendah kalori.
Daging udang kara mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat tinggi. Asid lemak omega-3 itu dapat mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung.
Orang yang berisiko tinggi terkena penyakit jantung, disarankan untuk mengganti produk haiwan lainnya dengan udang kara.
Kandungan gizi udang kara yang lengkap seperti vitamin B12, kalium, selenium, natrium, fosfor, asid lemak omega-3, dan protein ini membuatnya menjadi sumber makanan yang kaya akan nutrisi.
Tak ada salahnya jika anda sesekali menghidangkan udang kara sebagai hidangan keluarga untuk mencukupi keperluan gizi anda sekeluarga.
Pengambilan daging udang kara sama halnya dengan pengambilan multi vitamin tablet atau suplemen kesehatan kerana dalam daging udang kara mengandungi vitamin, kalium, vitamin B12 dan elenium.
Semua itu sangat penting bagi kesihatan. Kandunganan gizi di dalam udang kara dapat meningkatkan vitaliti, libido menjadi lebih kuat dan tahan lama serta meningkatkan stamina.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...