Spesies kerdil ini bertaburan amat luas. Ia boleh dijumpai di China, Indochina, Myanmar, kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Afghanistan ke Iran.
Ke selatan pula ia bertaburan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Borneo, Jawa dan Madura.
Spesies yang ditemui oleh saintis Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822 tidak mampu membesar melebihi 25cm. Spesimen yang biasa ditemui sekitar 10-20cm sahaja.
Ruan todak menjadikan sungai hutan dan paya cetek sebagai habitatnya.
Walau bagaimana pun ia turut pernah dijumpai di dalam perigi, longkang, tasik, sungai dan kolam-kolam kecil.
Ia turut mampu hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3,500 meter.
Ads
Ruan todak merupakan ikan cinonet yang cantik. Badannya kelabu keperangan dan terang di bahagian bawah.
Bergantung kepada mood ikan ini, ia boleh berwarna terang atau berjalur hitam melintang pada bahagian belakang dan tepi.
Siripnya apabila menegak kelihatan hitam keperangan, kadangkala berjalur. Sirip ekor dan dorsal berbingkai merah oren.
Ads
Warna ini lebih menyerlah pada ikan jantan dan individu yang tinggal di habitat yang lebih berasid.
Sirip analnya berbingkai putih atau kuning. Sirip pektoralnya kuning oren dengan empat hingga enam belang gelap melinting dan biru atau hijau gelap pada latar belakang.
Bahagian bawah kepala berbintik seperti marmar dan ketika aktif, ia membentuk kilauan biru terang.
Ads
Warnanya yang hidup dan saiznya yang kecil menyebabkan ruan todak menjadi spesies popular ikan akuarium.
Ia adalah spesies yang tahan lasak, mudah dipelihara dan cantik berada di dalam akuarium.
Tambahan pula, apabila umpan berpintal dengan tali utama, kekusutan mudah berlaku. Sekaligus menyebabkan umpan tidak dapat dibuai arus atau persembahan umpan menjadi kaku.
Mangsa pasti tidak berminat, apatah lagi melihat tali tangsi dan tali sulam berselerak berdekatan umpan.
Penggunaan pengimbang sama ada tanduk, keluli tahan karat dan jenis plastik adalah perlu. Ketiga-tiga jenis pengimbang ini bertujuan untuk menjarakkan tali utama dengan umpan ketika ia turun ke dasar.
Panjang perambut, saiz pemberat dan kelajuan umpan dihulurkan mempengaruhi kemungkinan perambut dan tali utama bersimpul.
Satu lagi teknik yang digemari tanpa menggunakan pengimbang, ialah teknik apollo. Teknik ini sesuai memancing hanyut dan dasar.
Bagaimanapun ia jarang dipratikkan oleh kebanyakan pemancing laut dalam kecuali para nelayan.
Apabila merujuk kepada peralatan pancing untuk air dalam, sudah tentu kekili menegak atau multiplier bersaiz 30 ke atas iaitu aksi berat yang sesuai digunakan.
Berat di sini merujuk kepada apa-apa jenama yang boleh memuatkan tali lebih dari 300meter.
Gelendung yang besar mampu menyimpan tali lebih banyak agar tali utama berada dalam keadaan cukup dan standby sepanjang tempoh anda berada di lautan.
Umpan pilihan ialah ikan selayang, tamban dan kembong. Sotong cumit, jarum dan kurita boleh digunakan terutama waktu malam.
Jika ditinjau dari segi keberkesanan umpan, yang terbaik adalah diet setempat iaitu makanan yang biasa diperolehi oleh spesies terbabit di wilayah buruannya.
Keduanya pula ialah umpan segar dan lebih baik lagi umpan hidup. Kemudian barulah teknik persembahan umpan mengambil tempat.
Selain itu hirisan ikan, hirisa kepingan sotong boeh digunakan bila-bila waktu. Cuma ramai tidak gemar mengunakan umpan jenis ini kerana cepat habis dikerjakan anak-anak ikan terlebih dahulu.
Cangkuk umpan mengikut jenis, saiz dan kesesuaian sambil anda pastikan saiz mata kail ngam, tidak terlalu kecil atau besar.
Saiz standard dari 3/0 hingga 5/0 dan saiz setengah kg ibu kerisi boleh menelan habis mata kail 6/0 kerana mulutnya bersaiz XL juga.
Perambut tangsi 50lb hingga 80lb sudah lebih dari memadai kerana barisan gigi termasuk gigi taring jarang berfungsi sebagai pisau pemotong tali.
Secara umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel. Ada juga jenis sotong yang mempunyai 10 lengan.
Tantakelnya berfungsi untuk menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan lengan. Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan.
Lengannya akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua lengannya bersambung terus ke bahagian kepala sotong.
Di kepalanya terdapat sepasang mata yang besar. Mata besarnya memudahkan ia untuk mencari makanan dan mengesan musuh.
Sotong agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai sepasang sirip renang di hujung badan. Gabungan tiub tubuh dan siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk memecut dan berhenti secara tiba-tiba.
Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit.
Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.
Antara keistimewaan lain sotong ialah kewujudan chromataphores yang membantu sotong untuk menyamar mengikut warna persekitarannya.
Chromataphore juga berfungsi semasa ritual mengawan. Semasa proses menyamar, chromataphores pada badan sotong akan menghasilkan cahaya maya yang menarik minat ketam dan ikan-ikan kecil untuk menghampirinya.
Majoriti sotong mempunyai panjang badan tidak lebih dari 40cm (24 inci). Giant squid pula mampu mencapai panjang sehingga 14 meter ( 46 kaki). Sotong yang paling besar mampu mencapai berat sehingga 1,000 paun. Sotong Humboldt yang ganas mampu menyerang ikan jerung untuk dijadikan makanannya.
Sotong bernafas menggunakan insang seperti ikan dan kebanyakkannya mampu hidup selama tempoh lebih kurang setahun. Sotong suka hidup di kawasan panas dan hanya sedikit hidup di kawasan yang sejuk dan dalam.
Menurut saintis, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh hidup di kawasan yang tercemar. Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasan berkenaan adalah baik.
Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya.
Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup. Sotong juga berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan berkenaan tidak lama.
Perubahan cuaca terutamanya pemasanan global boleh merencat pertumbuhan dan pembiakan sotong. Sotong dapat mencerna makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas.
Pertambahan suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan membiak. Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.
Pengkelasan taksonomi bagi menjelaskan Rasbora adalah genera ikan dalam keluarga besar Cyprinidae. Atau lebih mudah untuk difahami, Rasbora ialah kumpulan ikan yang bernaung di bawah nama seluang. Mereka berasal dari habitat air tawar di Selatan dan Asia Tenggara, serta tenggara China.
Beberapa spesies lebih mudah ditemui di dalam akuarium. Sebagaimana nama genus, ia turut dikekalkan nama genus sebagai nama umumnya, rasbora. Rasbora digunakan untuk banyak spesies dalam genus Rasbora, serta beberapa spesies di genus atau genera Brevibora, Boraras, Megarasbora, Metzia, Microdevario, Microrasbora, Rasboroides, Rasbosoma, Sawbwa, Trigonopoma dan Trigonostigma. Sebahagian daripada genera yang berkaitan ini termasuk dalam genus Rasbora pada masa lalu.
Rasbora adalah spesies ikan-ikan kecil yang hanya mampu membesar panjang sehingga 17 cm dan kebanyakan spesimen yang ditemui tidak melebihi 10 cm. Kebanyakan spesies yang ditemui mempunyai jalur vertikal yang gelap.
Menurut laman web FishBase, kini terdapat 84 spesies yang diiktiraf dalam genus ini. Ini berbeza sedikit berbanding laporan dibuat oleh Catalog Of Fishes, di mana beberapa spesies ini dianggap sinonim juvenil dan beberapa yang lain (tidak disenaraikan di bawah) diiktiraf sebagai spesies yang sah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...