Nama penuh: Mohd Khairil bin Nazeri

Nama FB: Krel Nazeri

Usia: 37 Tahun

 

UMPAN:  Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong?

KREL: Kata arwah atok, saya dibawa memancing bersamanya sejak saya berumur 4 tahun di Sungai Pahang. Mungkin dari situlah saya jadi minat dan mula memancing.

Bermulanya saya menjadi tekong sejak sekitar tahun 2004. Pada mulanya ia sekadar hobi, tak sangka ia boleh dijadikan kerjaya.

 

Krel Nazeri, Tekong Ebek Tersohor

baca juga Tekong Otai Air Ganda

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

KREL: Saya memilih kerjaya ini disebabkan kawan-kawan yang nampak prestasi saya melayan dia orang.

Satu lagi saya suka belajar benda-benda yang baru tak kiralah dari orang lama dan orang baru kerana bagi saya ilmu tak akan habis sampai ke mati. Dan saya suka berkawan dengan orang ramai.

 

Krel Nazeri, Tekong Ebek Tersohor

Ads

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong?

KREL: Jangan tingal 5 waktu tak kira di mana kita berada. Sselalu menghormati orang sekeliling kita kerana dialah yang nampak diri kita sama ada baik atau tak.

Selalu berjumpa dengan ‘orang-orang ke laut’ sebaik-baiknya menghambakan diri pergi ikut bot-bot ke laut tanpa meminta upah. Angaplah ia sebagai ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Selalu bertanya pada orang yang lebih pengetahuannya tentang dunia pelaut ini.

 

Krel Nazeri, Tekong Ebek Tersohor

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

KREL: Kalau nak ikutkan rintangan, macam-macam rintangan yang saya pernah hadapi. Tetapi angaplah rintangan itu sebagai batu loncatan untuk kita teruskan kerjaya yang kita minat.

Contohnya seperti orang yang suka mengarah itu ini… diherdik dan boleh tahan kena marah orang itu akan berjaya.

Ads

 

Krel Nazeri, Tekong Ebek Tersohor

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

KREL: Pengalaman manis…

  • pernah terjun ke laut nak selamatkan ikan yang terlucut dari mata kail.
  • Pernah bawa pemancing dari luar negara kerana di situlah saya dan mereka berkongsi pengalaman memancing mereka.
  • Pernah candat sotong semalaman sebanyak 400kg dengan pemancing. Pernah memancing dalam masa 2 jam dapat naikkan ikan haruan tasik sebanyak 250 kg dengan kekuatan 5 orang pemancing sahaja.
  • Pernah selamatkan orang sesat di laut pada waktu malam.
  • Pernah dapat ikan tengiri seberat 24 kilo tapi itu rekod peribadi sayalah.

Krel Nazeri, Tekong Ebek Tersohor

Pengalaman pahit…

  • Pernah kena ribut dan puting beliung di laut.
  • Pernah balik awal kerana customer terkena mata kail.
  • Pernah selamatkan reel kesayangan customer terjatuh ke dalam laut dan selam kedasar laut pada kedalaman 26 meter (saya mempunyai lesen menyelam) dan lain-lain lagi.

 

Krel Nazeri, Tekong Ebek Tersohor

baca juga Yan’s Gelora – Tekong Kerapu Bara Tersohor

Ads

 

Pakej

 

Nama bot: MZ layaran II

Saiz: 40’ X 10’

Enjin: 250HP Twin

Harga sewa: RM1600

Jumlah pemancing: 8 pemancing

Waktu memancing: Dari awal pagi ke lewat petang

Lokasi memancing: Rompin, Merchong, Nenasi, Tanjung Batu, Pulau Berhala, Karang Luas, Pulau Tioman dan lain-lain lagi.

Jeti: Jeti Pantai Bernas, Kuala Rompin.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI