VEMP: Saya mula memancing seawal umur 9 tahun. Seperti kebanyakan pemancing, saya juga memancing kerana faktor genetik.
Disebabkan selalu mengikut arwah ayah saya memancing, lama-kelamaan minat memancing terus melekat dalam jiwa saya.
UMPAN: Sejak bila terlibat dengan pancingan muara?
Ads
VEMP: Saya mula terjebak dengan pancingan muara kira-kira 4 hingga 5 tahun yang lalu.
Sebelum ini saya lebih banyak memancing pancingan air tawar. Sungai, tasik, kolam… semuanya saya layan.
Tetapi bila terlibat dengan pancingan muara ini baru saya dapat rasakan bahawa jiwa saya lebih kepada pancingan muara.
UMPAN: Rintangan dan harapan dalam meneruskan hobi ini?
VEMP: Saya memegang konsep tiada alasan untuk memancing. Secara tidak langsung ia menjadikan sebarang rintangan atau cabaran itu seperti perkara biasa yang perlu dihadapi.
Ads
Harapan saya… saya ingin perluaskan lagi ilmu dalam pancingan muara ini. Pancingan muara ini terlalu luas umpama muara itu sendiri.
UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?
VEMP: Ada orang yang anggap kumpau itu sebagai pengalaman pahit tetapi saya tidak. Kumpau itu indah sebenarnya.
Pengalaman pahit yang sebenar ialah bila tidak dapat pergi memancing tatkala ikan-ikan mega sudah masuk ke lubuk harian.
Ads
Pengalaman manis itu bila dapat pergi memancing dan lebih manis lagi bila dapat tarik ikan-ikan bersaiz besar seperti senohong atau pari.
UMPAN: Sekiranya saya berminat untuk menceburi bidang pancingan muara, apakah peralatan yang perlu saya ada?
VEMP: Dua peralatan utama yang perlu ada ialah rod panjang seperti 10kaki ke 15kaki… mesin size 6000 ke atas yang gear ratio tinggi dan laju.
Selain daripada itu alatan biasa yang boleh digunakan untuk pancingan lain juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha pakej memancing ini?
JEFRI: Saya merupakan multimedia designer dan masih kekal dengan kerjaya ini.
Pada 2004, saya memasuki industri memancing sebagai runner atau penjual barangan memancing secara online di forum-forum memancing.
Pada 2010 barulah saya menyediakan perkhidmatan sewaan bot pancing dan pemandu pancing di Malaysia dan juga di luar negara.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
JEFRI: Kerana minat yang begitu mendalam dalam industry memancing. Selain itu adalah keterujaan bertemu rakan-rakan yang sama minat dan berkongsi ilmu dan pengetahuan.
Melalui usaha ini saya dapat berkongsi idea dan impian.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
Kecaman… hahaha. Dunia memancing ini penuh dengan kecaman walau apa yang anda lakukan.
Sekiranya anda tidak cukup cekal maka anda tidak akan kekal lama dalam industri ini. Harapan saya cuma satu… saya tidak minta banyak.
Saya sentiasa berharap semoga manusia lebih menghargai kehidupan dan persahabatan.
UMPAN: Apa kelebihan produk anda?
JEFRI: Ikhlas dari hati, persahabatan untuk masa depan, perkhidmatan dengan nilai insan. Sesiapa yang pernah menggunakan khidmat saya akan tahu bagaimana kualiti servis yang saya sediakan.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperolehi?
Semua trip memancing yang dikendalikan adalah pencapaian yang paling dibanggakan. Tidak kiralah dari pemancing tempatan ataupun luar negara.
Sokongan yang berterusan dari seluruh pemancing dari serata pelusuk dunia sangat-sangatlah dihargai.
Semoga suatu hari nanti kita dapat berjumpa di destinasi pancing masing-masing dan memancing bersama-sama.
Pakej servis:
Open Trip Fishing Guide: Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Indonesia, Papua, Thailand, China, Japan, Sweden, Kenya
Min: 1 Person Max: 20 Person
Package: RM100 – RM300K
Kita ada kerjasama dengan Fishing Guide Company dari Sweden, Japan, China, Thailand dan Indonesia. Jadi trip Malaysia, saya incharge. Luar negara akan dibahagi kepada mereka kecuali on request saya kena joint.
IZZUDDI: Saya meminati hobi memancing dari sejak kecil lagi. Ayah saya mempunyai hobi yang sama dan beliau mengajar saya sehingga minat saya semakin menebal sehingga kini.
Daripada saya tidak mempunyai peralatan mancing sehingga saya dapat mengumpul peralatan yang lengkap, jaket keselamatan, keperluan lain dan juga enjin bot.
UMPAN: Sejak bila terlibat dengan hobi memancing udang galah?
IZZUDDI: Pada mulanya saya menceburi hobi memancing sekadar memancing ikan seperti memancing di kolam, sungai serta laut.
Secara tidak sengaja saya terlihat satu kumpulun pemancing udang galah yang sangat aktif telah menarik minat saya mencuba untuk mempelajari cara memancing udang galah.
Saya mula memancing udang galah pada tahun 2014 dan saya mengenali rakan-rakan sehobi di dalam laman sosial Facebook.
Saya cuba beranikan diri bertanya serta mempelajari selok-belok dan cara memancing udang galah sehingga saya mula akrab dengan mereka.
Pada waktu yang sama juga, seorang rakan yang saya anggap guru udang galah iaitu sifu Amin (FB: Mohamad Amin Ma) yang tidak berhenti berkongsi pengalaman dan mengajar saya.
UMPAN: Apa yang membuatkan anda seronok memancing udang galah berbanding ikan?
IZZUDDI: Salah satu keseronokan yang saya dapat dalam memacing udang adalah memancing secara berkelompak yang boleh lagi mengeratkan silaturrahim.
Juga dari segi kepuasan apabila dapat merasai tarikan udang bersepit biru (jenggo sado). Juga dapat rasa keseronokan apabila dapat membawa hasil yang banyak dan memuaskan.
Ia juga memberi kepuasan apabila dapat membawa hasil dan dikongsi bersama ahli keluarga dengan membuat juadah udang galah yang fresh.
UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi dan apa pula haraapan anda dalam meneruskan hobi ini?
IZZUDDI: Rintangan yang pernah saya lalui ketika memancing udang buat kali pertama adalah dari segi peralatan mancing yang tidak seberapa lengkap.
Rintangan ketika memancing pada waktu malam haruslah selalu berwaspada dari segi keselamatan (life jacket jangan lupa pakai).
Pernah juga ketika sampai ke destinasi jeti memancing saya melihat keadaan fiber dan enjin yang tidak memuaskan.
Harapan saya agar saya dapat membelajari hobi dengan lebih mendalam lagi bersama rakan-rakan seperjuangan.
Harapan saya juga supaya hobi memacing udang terus berkembang dan jagalah sungai agar tidak tercemar dan ikatan silaturrahim bersama rakan seperjuangan semakin erat.
UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dengan memancing udang?
IZZUDDI: Pencapaian yang saya capai adalah pernah dilantik sebagai AJK di dalam satu event Gempak Southern Hook pada tahun 2017 di Sungai Mawai.
Terima kasih ya cip (fb: alhad abu bakar) kerana memberi kepercayaan serta tanggungjawab kepada saya walaupun tidak seberapa.
Saya juga pernah dapat tempat kedua udang terbanyak semasa event Gempak Southern Hook di Sungai Mawai bersama rakan sehobi (fb: saiful hisham a.k.a haji sham) yang memperoleh hadiah berbentuk pakej memancing.
UMPAN: Pengalaman manis dan pengalaman paling pahit pernah ketika memancing udang?
IZZUDDI: Pengalaman paling manis yang pernah saya lalui adalah buat kali peratamanya dapat menarik udang galah yang agak memuaskan hasil pendapatannya.
Pengalaman pahit saya pula apabila tidak dapat sebarang hasil ketika memancing… kumpow berdarah! Mungkin faktor cuaca dan air pada masa tu tidak berapa elok. Dan juga ketika memancing tiba-tiba keadaan kesihatan tidak memuaskan.
UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?
IZZUDDI: Lokasi utama memancing udang galah ialah Sungai Mawai, Sungai Semaloi dan sungai di Muar. Umpan yang sering saya gunakan ialah ruat dan juga anak udang.
Setting peralatan yang biasa saya gunakan ialah perambut pintal, size mata no. 2. Batu ladung yang selalu digunakan bergantung pada keadaan dan kelajuan air sungai. Jangan terkejut saya pernah mancing dekat Mersing batu ladung size 12!
ALYN: Seingat saya pada usia 7 tahun mula mengenali dunia memancing. Ia mungkin bukan perkara biasa bagi seorang perempuan. Mungkin sebab saya agak nakal pada waktu itu.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini sehingga sekarang?
ALYN: Memancing ni mula-mula hanya suka-suka. Tapi lepas dapat naikkan ikan terus rasa sangat teruja. Sampailah dah tua ni masih menjadikan memancing sebagai hobi.
Apatah lagi sekarang kita disajikan dengan alatan canggih untuk memancing. Terus terang cakap… tak boleh lalu kedai pancing. Macam ada saka panggil masuk dalam. Gerenti ada saja yang dibawa keluar… hahaha.
Selain itu dengan memancing ni dapat ramai kawan. Sering bertukar pendapat… mengajar teknik-teknik memancing… buat rasa semakin seronok.
Setakat ini saya lebih ke arah membottom dan casting… teringin pulak nak cuba jigging.
UMPAN: Apa rintangan dan apa pula harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
ALYN: Bercerita tentang rintangan yang dihadapi sepanjang menjadi kaki pancing ni adalah kekangan masa. Bagi saya yang berstatuskan seorang isteri dan ibu… masa itu amat terhad.
Hanya jika ada masa terluang sahaja dan permit diluluskan oleh bigboss baru dapat turun memancing. Alhamdulillah kawan-kawan sehobi amat memahami walau berbeza jantina.
Harapan saya selagi kudrat masih mampu untuk turun memancing saya akan teruskan hobi ini.
Saya juga berharap suatu hari nanti saya dapat ikut trip bersama kawan-kawan di laut. Semoga family dan kawan-kawan sehobi support saya.
UMPAN: Apa pengalaman manis dan pahit sepanjang memancing?
ALYN: Pengalaman manis yang tak dapat dilupakan ialah apabila dapat memancing bersama kawan-kawan. Terjah port-port larangan. Masuk hutan belukar. Bila bersama kawan-kawan yang sama kepala tak terasa kepenatan.
Berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan baru sehobi adalah pengalaman manis yang amat bermakna. Dapat pemberian alat-alat pancing dari kawan-kawan terasa happy sangat.
Pengalaman pahit yang tak dapat dilupakan bila tergelincir lalu jatuh dalam sungai. Nasib anak sungai jer tak dalam. Tak payah cakaplah keadaan masa tu… basah habis. Calar-balar tangan dan kaki.
Satu lagi pengalaman pahit campur seram… memancing di kuala sungai Miri. Masa tu jam hampir 10 malam. Nampak mata merah berkelip tak jauh dari kami memancing.
Lepas tu terdengar suara itik. Entah dari mana pulak itik tu tiba-tiba berbunyi. Terasa meremang bulu tengkuk. Saling tengok antara satu sama lain… ambik keputusan kemas barang terus pulang.
Pernah jugak dah jauh-jauh perjalanan, sampai ke destinasi… alatan memancing tertinggal. Tak tau nak salahkan siapa.
Yang paling mengecewakan… bergelut hampir 20 minit. Dah dapat naikkan ikan… tukang ambik terlepaskan ikan tu… apa kau rasa?
UMPAN: Apa pencapaian terbaik anda dalam memancing?
ALYN: Setakat ni takda rasanya pencapaian yang nak dibanggakan macam lady angler lain. Saya jenis yang low profile. Setakat dapat ikan paling berat pun 4kg macam tu.
Antara ikan yg pernah dinaikkan Cuma ikan kerapu, MJ, ikan gerut, malong, duri, sembilang, haruan, keli, gelama… hehe.
Gambar memancing pun tak banyak yang diambil. Tambah pulak FB pertama saya dulu kena hacked. Tak boleh buka lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...