Bolehlah dianggap mereka ini bersaudara rapat yang banyak berkongsi persamaan seperti rupa dan habitat. Namun masih banyak juga perbezaan antara kedua-dua spesies ini.
Perbezaan yang paling ketara antara tebal pipi dan gerut-gerut ialah pada bahagian pipi (operculum) dan warna sirip.
Gerut-gerut mempunyai bahagian setara di muka, pipi atau bahagian penutup insang rata dan tidak menonjol keluar.
Memiliki warna badan perak keemasan, warna tompok-tompok hitam pada bahagian atas dan bahagian ekor berwarna putih dan hitam di bahagian hujung.
Ads
Manakala tebal pipi mempunyai bahagian penutup insang membengkak pada tulang pipi serta menonjol keluar.
Badan berwarna perak dan kekuningan di bahagian bawah terutama sirip dorsal, sirip bahagian bawah badan dan sirip kaudal atau ekor.
Kombinasi warna badan lebih cantik dari gerut-gerut, mempunyai serta badannya lebih gempal.
Kebiasaannya gerut-gerut juvenil mudah diperoleh dan dianggap sebagai pengacau umpan oleh pemancing.
Ini jarang berlaku kepada tebal pipi juvenil mungkin disebabkan ini kerana gerut-gerut mempunyai beberapa spesies berlainan walaupun bentuk hampir sama dan bilangannya lebih banyak dari tebal pipi.
Spesimen gerut-gerut yang mudah diperolehi sekitar 100 hingga 500 gram.
Untuk memperoleh spesies yang lebih besar, biasanya ditemui di perairan yang lebih dalam di bahagian paloh atau laluan alur utama sungai atau terkeluar sedikit dari muara terutama serta kawasan pulau pesisiran pantai. serta laut bebas.
Sementara tebal pipi jarang ditemui di perairan cetek dan saiz yang biasa diperoleh agak besar dari 1 hingga 3 kg.
Ads
Dari segi rasa pula, tebal pipi mempunyai isi yang lebih sedap berbanding gerut-gerut dan harganya juga begitu.
Namun agak sukar untuk mendapatkan tebal pipi di pasaran kerana ia amat sukar diperoleh berbanding gerut-gerut.
Sebagaimana yang telah dinyatakan terdapat puluhan spesies seluang dalam genus Rasbora dan salah satunya ialah seluang bada atau nama umumnya slender rasbora. Slender rasbora membawa nama saintifik Rasbora daniconius, boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Borneo mahupun di Indonesia.
Ikan seluang boleh hidup sekitar 3-6 tahun dan taburannya banyak ditemui di parit-parit ataupun sungai-sungai kecil yang berarus perlahan di Asia Tenggara. Antara ciri-ciri ikan seluang ialah, berbentuk pipih memanjang dengan sisik nipis dan ketika masih kecil ianya memiliki warna putih keperakan.
Apabila ianya dewasa di kedua-dua sisi tubuhnya terdapat garis berwarna kehitaman dan warna putih keperakan akan pudar digantikan dengan warna putih kekuningan. Seluang adalah bersifat omnivor iaitu pemakan segala jenis dari hidupan seperti cacing tanah, serangga, krutesia kecil, lumut dan bermacam lagi.
Ikan seluang bada mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan seluang bada merupakan ikan air tawar yang mendiami kawasan air bertakung seperti rawa-rawa, tasik, lombong, dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai.
Ikan seluang bada biasanya bergerak dalam kumpulan. Ikan Seluang bada merupakan ikan maserba. Ia juga makan cacing tanah, dan serangga seperti belalang, kerengga dan jentik-jentik. Ikan Seluang bada mampu hidup dalam air pada paras ph7.
Berdasarkan kajian Dr Herbert R Axelrod dalam Atlas of Freshwater Aquarium Fishes, ia dikatakan dapat membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Ikan-ikan seluang adalah di antara yang paling popular sebagai ikan akuarium. Penampilan rapi mereka, sering kali warna cerah dan menawan. Banyak spesies yang popular seperti Harlequin Rasboras) telah diternak dan merupakan spesies penting dari aspek perdagangan ikan hiasan.
Udang galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah.
Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai.
Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg.
Saiznya yang besar dengan fizikalnya yang menarik membuatkan spesies ini berpotensi dijadikan makanan istimewa bagi penduduk Malaysia.
Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan.
Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang.
Jangka hayat udang galah dapat mencapai hingga lima tahun. Hal ini menjadikan spesies udang galah masih kekal di persekitaran sungai di Malaysia.
Proses pemburuan oleh manusia yang terhad kepada kaedah tradisional menyebabkan spesies ini kekal beberapa dekad lagi.
Hal ini memberikan kesempatan kepada spesies udang galah meneruskan generasinya melalui proses pengawanan. Udang galah mengawan apabila mula matang.
Kebanyakan udang galah betina matang apabila umurnya mencecah dua bulan selepas menjadi poslarva.
Bagi udang galah jantan pula, kematangan dicapai apabila berumur melebihi tiga bulan.
Kebiasaannya, seekor udang galah jantan dapat mengawan dengan empat hingga tujuh ekor udang galah betina. Proses mengawan berlaku apabila induk udang galah betina mula bersalin kulit. Pada ketika itu, keadaannya lembut dan kurang bermaya.
Di samping itu, proses pengecutan otot pada bahagian luar ovari berlaku dan secara langsung memberikan tekanan kepada sistem peneluran. Dalam masa yang sama, organ pembiakan mulai terbuka secara perlahan-lahan.
Pengeluaran telur berlaku melalui telikum, iaitu organ pembiakannya. Peluang ini digunakan oleh induk jantan bagi memindahkan spermanya kepada telur berkenaan bagi proses persenyawaan.
Telur berkenaan kemudiannya dilekatkan pada kaki renang pertama hingga kaki renang keempat. Tempoh perkembangan telur ini adalah antara satu hingga 18 hari dengan disertai perubahan warna telur.
Terdapat tiga fasa peringkat telur. Fasa pertama, telur berwarna oren dalam tempoh tujuh hari pertama.
Pada fasa kedua, warna telur berubah menjadi kekuning-kuningan manakala pada fasa ketiga, warna telur menjadi kelabu dengan terbentuknya larva yang bakal mewarisi generasi udang galah.
Sebaik sahaja telur mencecah hari ke-21, larva udang galah menetas dan mulai beredar daripada induknya.
Larva udang galah berenang dalam keadaan terbalik, iaitu kaki berjalan dan kaki renangnya menghala ke atas.
Larva memakan hidupan zooplankton seperti moina, kopipoda, dan rotifer. Pada peringkat ini, persekitaran habitat sedikit masin disebabkan oleh garam daripada air laut.
Situasi ini berlarutan selama 40 hari hinggalah peringkat ini bertukar menjadi poslarva.
Pada peringkat poslarva, udang galah meniarap dan berenang seperti induknya. Bentuk udang galah yang bercirikan induk memudahkannya bergerak mencari makanan,
membesar menjadi juvenil di samping memaparkan unjuran kaki berjalan kedua yang mulai membesar serta memanjang.
Ciri fizikal yang dimiliki ini menandakan bahawa udang galah telah mewarisi sifat induknya. Jika udang galah memiliki warna yang pudar, induk betina terhasil. Sebaliknya, jika udang galah berwarna terang kebiru-biruan, induk jantan pula terhasil.
Mata kumpulan yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran.
Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi keselamatan. Deria penglihatan ini memudahkan udang galah mengesan musuh di persekitaran kerana udang
galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.
Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai.
Antenular yang berbentuk sesungut berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.
Udang galah ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor.
Pengkelasan taksonomi bagi menjelaskan Rasbora adalah genera ikan dalam keluarga besar Cyprinidae. Atau lebih mudah untuk difahami, Rasbora ialah kumpulan ikan yang bernaung di bawah nama seluang. Mereka berasal dari habitat air tawar di Selatan dan Asia Tenggara, serta tenggara China.
Beberapa spesies lebih mudah ditemui di dalam akuarium. Sebagaimana nama genus, ia turut dikekalkan nama genus sebagai nama umumnya, rasbora. Rasbora digunakan untuk banyak spesies dalam genus Rasbora, serta beberapa spesies di genus atau genera Brevibora, Boraras, Megarasbora, Metzia, Microdevario, Microrasbora, Rasboroides, Rasbosoma, Sawbwa, Trigonopoma dan Trigonostigma. Sebahagian daripada genera yang berkaitan ini termasuk dalam genus Rasbora pada masa lalu.
Rasbora adalah spesies ikan-ikan kecil yang hanya mampu membesar panjang sehingga 17 cm dan kebanyakan spesimen yang ditemui tidak melebihi 10 cm. Kebanyakan spesies yang ditemui mempunyai jalur vertikal yang gelap.
Menurut laman web FishBase, kini terdapat 84 spesies yang diiktiraf dalam genus ini. Ini berbeza sedikit berbanding laporan dibuat oleh Catalog Of Fishes, di mana beberapa spesies ini dianggap sinonim juvenil dan beberapa yang lain (tidak disenaraikan di bawah) diiktiraf sebagai spesies yang sah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...